Umum sedia maklum, larangan untuk merentas negeri buat masa sekarang adalah dilarang kerana ianya merupakan SOP yang masih dikuatkuasakan pihak kerajaan. Namun, masih ada segelintir pihak yang gagal mematuhi SOP berkenaan dengan merentas negeri dan menghadiri majlis kenduri-kendara.
Di Twitter, netizen meluahkan rasa bengang apabila mendakwa sekumpulan personaliti media sosial berkongsikan foto dan video ketika perjalanan merentas negeri ke Pantai Timur untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan.
Rentas negeri ke Pantai Timur
Difahamkan, perjalanan mereka merentas negeri ke Pantai Timur itu adalah bagi merai perkahwinan kenalan rapat yang baru mendirikan rumah tangga pada hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, tindakan itu telah mencetuskan rasa bengang dalam kalangan netizen sekali gus mempertikaikan kepentingan tujuan mereka merentas negeri dalam situasi pandemik Covid-19 ini.
Macam mana boleh rentas negeri?
Rata-rata netizen mempersoalkan bagaimanapun sekumpulan influencer ini boleh merentas negeri bagi tujuan menghadiri majlis perkahwinan kenalan mereka? Malah, ramai yang mahukan alasan yang kukuh atas tujuan mereka merentas negeri selain mahukan ketelusan pihak berkuasa tanpa sikap double standard terhadap golongan tertentu.
Justeru, pengguna media sosial menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang bertindak melanggar SOP kerajaan.
Sumber: Twitter