berita

Influencer, Pengasas Kosmetik Sifu Lentik Meninggal Dunia

June 15th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pempengaruh dan usahawan kosmetik, Sifu Lentik dilapor telah meninggal dunia pada petang semalam dipercayai akibat menghidap penyakit kanser.

Salam takziah

Menerusi Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) di Facebook, jenazah Allahyarham Sifu Lentik atau nama sebenarnya, Muhd Irfan Abdullah telah selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Islam Tandang, Petaling Jaya.

Jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang membantu. Terima kasih pewakaf kenderaan dan juga pewakaf barangan kelengkapan. Terima kasih kepada abang Allahyarham yang menyampaikan sumbangan sedekah kepada wakil pertubuhan PSSK kerana permudahkan urusan jenazah adik beliau.

Sementara pempengaruh iaitu Haqiem Stopa di TikTok turut memaklumkan berita pemergian rakannya itu dan meminta orang ramai mendoakan buat arwah dan memaafkan segala salah dan silap arwah selama ini. Dalam pada itu, beberapa lagi rakan arwah menyifatkan arwah seorang yang sangat baik dan disenangi ramai.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen akui terkejut dengan berita pemergian tersebut memandangkan arwah sebelum ini nampak sihat dan tidak pernah menceritakan masalah kesihatan yang dihidapinya.

Sebagai info, Muhd Irfan, 31,  sangat aktif menjual baju, barang kemas dan kosmetik secara dalam talian. Dia juga sering membuat siaran langsung di platform media sosial untuk memasarkan produknya.

Sumber: TikTok, Facebook

SKIP THIS AD ×