Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila suaminya menghadiahkan sebuah rumah bersempena kehamilan anak kedua mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama, ‘Hadiah’ Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7

Rezeki anak

Menerusi perkongsian di Threads, Ayunie memaklumkan ini merupakan kediaman kedua yang diterimanya sebagai hadiah, selepas suaminya turut melakukan perkara sama ketika dia hamil anak pertama sebelum ini.

Dua kali mengandung anak dia (suami), dua kali dia belikan rumah untuk saya.

Dalam pada itu, Ayunie turut memuat naik tangkap layar perbualan bersama suaminya yang meminta dia menyediakan beberapa dokumen penting bagi melancarkan proses pembelian rumah tersebut.

Menerusi satu lagi hantaran, Ayunie turut berkongsi kebahagiaan yang dirasai sepanjang tempoh perkahwinannya.

Dua tahun berkahwin, tiada sehari pun saya rasa tak bahagia. Hari-hari rasa terlampau dibahagiakan, kadang ingat balik apa yang kami lalui dulu semua Allah dah ubatkan.

Waktu diuji banykkan berdoa sebab suami ini milik Allah, kita hanya mampu bercakap dengan pemiliknya sahaja.

Perkongsian tersebut sekali gus mencuri perhatian wargamaya yang rata-rata tersentuh dengan layanan penuh kasih sayang seorang suami kepada isteri.

Luahan tersebut turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang mendoakan agar rumah tangga pasangan itu terus dilimpahi kebahagiaan serta keberkatan.

Sumber: Threads