berita

Influencer Terkenal Ditahan Jual Bahan Lucah Secara ‘Online’, Peroleh Hampir RM9k Sebulan!

September 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara didakwa menjual bahan lucah secara atas talian seorang pempengaruh (influencer) dari Bali telah ditahan oleh pihak polis di apartmentnya di Jalan Taman Pancing, Denpasar, Bali, Jumaat yang lalu.

Aktiviti 9 bulan terbongkar

Sekadar gambar hiasan

Lapor Kompas, suspek telah ditangkap oleh sepasukan polis daripada Unit  Siasatan Jenayah dan hasil soal siasat mendapati suspek mengaku sudah sembilan bulan melakukan aktiviti terkutuk tersebut menerusi satu aplikasi atas talian dikenali sebagai Manggo.

Ujar Pegawai Perhubungan Awam Balai Polis Denpasar, Ketut Sukadi, suspek dipercayai menjual bahan lucah tersebut kepada orang ramai secara langsung.

Difahamkan, aktiviti tersebut telah dilakukan olehnya selama sembilan bulan dan mendapat keuntungan sebanyak Rp30 juta (anggaran RM8,797.06) dalam tempoh satu bulan.

Ketika aplikasi Manggo disiarkan secara langsung, dia akan menunjukkan aksi terlampau.

Kini, pihak polis masih menyiasat motif di sebalik suspek bertindak sedemikian rupa.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×