Alamak! Risaunya! Macam dah makin naik je badan ni. Al-maklumlah, lepas makan pelbagai menu semasa di rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu, terus kena masuk office.
Ermm. Kena exercise sikit hujung minggu ni. Tak naklah nanti jadi macam kartun SpongeBob SquarePants ye tak? Di samping nak maintain berat badan, senaman juga penting untuk kesihatan.
Ha.. Jadi, nak pakai gaya tudung macam mana ya agaknya? Yang penting mestilah kemas supaya mudah bergerak dan semestinya masih tampak anggun! Barulah ada gaya ala-ala model Sunsilk Lively Clean & Fresh kan? Hehe. Apa lagi, jomlah ikuti langkah mudah untuk gaya tudung semasa bersukan dalam video di bawah. Malah, infografik step by step pun kami sediakan tau.
Oh ya, kepada semua para hijabista yang mahu memenangi RM20,000 dengan mudah, apa kata anda sertai peraduan yang dianjurkan oleh Sunsilk Lively Clean & Fresh. Tak susah pun, anda hanya perlu kongsikan perjalanan hijab anda bersama Sunsilk serta apa saja aspirasi yang ingin anda capai dengan sekreatif mungkin. Jika bertuah, Sunsilk akan membantu anda mencapai aspirasi tersebut. Jom layari laman Facebook Sunsilk Malaysia untuk maklumat lanjut. Peraduan ini bermula dari 7 Ogos 2014 hingga 14 September 2014. Selamat mencuba!