berita

‘Ingat Aku Chop Duit!’ – Nourul Luah Geram Dengan Perangai Pembantu Rumah

June 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada awal bulan lepas, semua sedia maklum bahawa penyanyi Nourul telah selamat melahirkan anak perempuan. Terbaru menerusi Instagram miliknya berkongsi pengalaman pembantu rumah yang tidak mengenang jasa dan sering meminta duit lebih serta kurang melakukan kerja rumah.

Keluhan Nourul turut mendapat perhatian netizen yang turut beranggapan pembantu rumah zaman sekarang banyak yang cerewet dan tidak banyak melakukan kerja sebagai pembantu rumah. Dia turut menerima permintaan gaji yang melampau sewaktu mencari pembantu rumah yang baru.

Ingat aku chop duit!

Assalamualaikum. Ya Allah rasa setahun tak post kat Ig hahahaa. Padahai baru berapa hari ja.

Fikiran terganggu. Mana taknya, maid buat hal! Susah kalau dapat yang tak bersyukur ni. Dah bagi betih nak paha. (Ni version penang na)

Alasan macam-macam lah kan. Especially yang orang asing yang dah lama di sini. Tak mau sebut lah bangsa apa. Depa selalu nak lebih. Qeja nak senang. Hang ingat aku chop duit?!

Takpalah. Ada orang hanya sekadar nak qeja. Ada qeja, ada gaji.

Ada orang nak gaji, dan qeja sungguh2 sebab dia ikhlas. Sebab dia tahu qeja tu satu ibadah. Dia tau kalau dia qeja kuat-kuat, dia akan dapat ganjaran lebih lagi sebab dia ikhlas. Itu orang kita yang selalu percaya macam tu. Tak kira melayu cina atau india.

Yang setengah mai sini (Malaysia) nak qeja senang sebab dia ingat lubuk duit. Pak hang ada investment ka tang ni?!

Geram sungguh kat maid baru qeja dua bulan ni. Habaq lah betui-betui kalau tak suka budak-budak. Kesian zach dengan raphael.

Bukan suruh mandikan cuci bontot kami

Takpalah. Selalunya jadi lagu tu, Allah nak bagi rezeki tu kat orang lain. Yang lebih berhak dan lebih memerlukan. So, bila pikiaq macam tu, rasa okay! Alhamdulillah.

Kata suami, kita ja jangan berubah. Kita terus ja dengan nilai kita. Toksah kerana macam ni kita berubah jadi monster dera orang yang qeja dengan kita pulak lepas ni. Tak semua orang sama.

Kalau kita stay jadi diri kita, Allah akan hantaq orang yang kita layak terima untuk bekerja.

Drebar kami yang sebelum ni pun ya rabbi macam-macam karenah. Tapi bayaq dan dah berhentikan kalau tak suka.

Ni dapat seorang manusia baik yang bernama MJ. Baguih gila. Dengan budak-budak pun dia baguih. Manusia mana ada perfect. Tapi kita appreciate kebaikan dan kelebihan depa. Terima ksih Mj sebab sabaq dengan kami. (Sah dia nangis baca ni, dia tak bagi IG dia kat kami. Rahsia you all)

La ni maid pulak. Hari ni bermula interview. Ada yang gila tau mintak 3K. Awat hang ingat aku nak suruh hang mandikan cuci bontot kami ka sampai nak banyak tu? haaa ni bangsa asing.

Lebih baik cari orang yang lebih hargai qeja.

Sekian berletiaq geram dendam kami setelah banyak hari tak post!

Dugaan ibu bapa zaman sekarang

Sumber: Nourul

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×