berita

Ingat Doktor Call Maklum Mak Dah Boleh Balik, Lelaki Sebak Rupanya Pergi Hospital Kena ‘Jemput’ Jenazah Mak

May 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Tak dapat digambarkan perasaan anak-anak apabila penantian mereka menunggu kepulangan ibu ke rumah bertukar menjadi satu momen yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sedih, pedih, sakit dan bermacam-macam lagi perasaan yang terbuku di hati anak-anak apabila melihat insan tersayang telah pergi buat selama-lamanya.

Sangka mak boleh balik, rupanya ‘jemput’ jenazah

Mr Wan Cai menerusi akaun Instagram miliknya ada berkongsi kisah sedih yang menimpa sebuah keluarga ini. Menurut individu ini, sepatutnya wanita yang dikenali dengan nama Masnah Binti Sayat dibenarkan discaj dari wad pada 30 April lalu. Anak-anak arwah bercadang mahu membawa ibu mereka pulang ke rumah.

Tetapi siapa sangka, niat murni mereka untuk menjaga ibu tercinta yang berusia 64 tahun ini tidak kesampaian selepas arwah disahkan meninggal dunia sebelum sempat dibawa pulang ke rumah. Apa yang lebih menyedihkan apabila berita kematian tersebut hanya diketahui selepas si anak tiba di hospital.

Doktor telah meminta anak lelaki arwah untuk datang ke hospital. Lalu si anak bergegas ke hospital kerana beranggapan ibunya sudah dibenarkan pulang. Setibanya dihospital doktor memaklumkan si ibu sudah pun meninggal dunia. Bayangkan betapa hancurnya hati si anak ketika itu.

Al-fatihah

Susulan daripada itu, anak lelaki arwah telah menghubungi Pertubuhan Ukhuwah Kebajikan Van Jelata Selangor untuk meminta bantuan bagi menguruskan jenazah ibunya. Pihak mereka kemudian menghantar tiga individu untuk menuntut jenazah dan jenazah tiba di bilik wakaf ketika azan Maghrib berkumandang.

Rakan rakan yang bertugas termasuk unit bilal muslimah sempat berbuka dengan kuih dan air oren. Selesai berbuka unit bilal muslimah terus menyambung tugasan terhadap jenazah. Perjalanan menghantar jenazah kerumah anak anak arwah diiringi oleh 2 jentera dengan kekuatan 11 orang rakan sukarelawan. Tugas kami berakhir apabila jenazah dibawa masuk ke dalam rumah.

Difahamkan, jenazah arwah telah dikebumikan pada keesokan paginya.

Sumber: Mr Wan Cai Official

SKIP THIS AD ×