berita

Ingat Kena Gigit Semut Rupa-Rupanya Anak Dijangkiti Penyakit Kulit Gara-Gara..

August 17th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bayi dan kanak-kanak merupakan golongan yang sangat mudah dijangkiti penyakit kerana antibodi yang masih lemah. Mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti kuman dan virus berbahaya yang dibawa oleh orang dewasa.

Seperti perkongsian Munie Suraya ini, kulit di bahagian muka anaknya menggelupas teruk akibat dijangkiti Impetigo dan Scalded Skin Syndrome. Kesiannya bayi!

‘Jangan baik hati bagi orang dukung anak’

IMPETIGO & SCALDED SKIN SYNDROME

Apa itu impetigo?
Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

Apa itu scalded skin syndrome? (sss)
Infeksi kulit serius yang disebabkan oleh bakteri Staphylococcus aureus. Bakteri ini menghasilkan racun eksfoliatif yang menyebabkan lapisan luar kulit melepuh dan mengelupas, seperti terbakar. SSSS merupakan penyakit yang jarang ditemui dan seringkali menyerang anak–anak usia <6 tahun, terutama bayi. Penyakit ini jarang sekali menyerang orang dewasa, kecuali pada orang dengan gagal ginjal atau mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah. Seperti infeksi stafilokokus lainnya SSSS merupakan penyakit yang menular. Penyakit ini dapat menyebabkan kematian jika bakteri menyerang lebih dalam ke tubuh Anda, memasuki aliran darah, persendian, tulang, paru-paru, dan jantung.

Please all parents yang ade baby please alert untuk papa jadikan pegajaran. Jangan kita baik hati bagi anak kat org dukung suka hati lagi-lagi orang laki ni dia memang suka main bagi orang pegang tanpa berpikir keselamatan baby. Tapi Allah nak tunjuk moga menjadi teladan untuk kita semua. Pengalaman yang memang pahit untuk ditelan dan hampir hitam dunia untuk minggu ni moga lepas ni kami lebih berjaga-jaga.

Cerita bermula pada hari jumaat lepas 2/8/19 my second dotter Eldryna Saffyia 5 months di setiap gambar ada kisah nya.

Sejuta penghargaan buat Dr Syed Jefrizal Syed Jamal penerangan yang sangat baik detail dan padat dan all staff nurse sri tanjung yang tak henti bagi semangat bagi kekuatan pada saya terima kasih banyak-banyak hanya Allah dapat membalas jasa kalian.

Saya halal kan untuk sesiapa yang nak share sama-sama kita jadikan pegajaran dan iktibar dengan apa yang jadi ni.

Ingat kena gigit semut


Pada 2/8/19 (Jumaat)
Masa ni kami ingat Eldryna kena gigit semut sebab bengkak mata belah kanan sebab sebelum ni dia memang pernah kena gigit semut.


Malam 2/8/19 (Jumaat)
Masa ni dah naik merah area mulut dan mata dh mula bengkak masa tu mama dh tak sedap hati kenapa tetiba jadi macam ni tapi still ingat kena gigit semut.

3/8/19 (Sabtu)
Masa ni dah pergi klinik masa tu mama ingat punca alergik sebab mama makan ubat tahan sakit mama cirit birit muntah-muntah masa khamis tetiba Jumaat adik jadi macam ni masa tu doktor suruh refer hospital so kami pergi emergency kpj.

Kulit mula menggelupas

Sampai di kpj mama cita apa jadi dekat adik masa tu mama rasa semua salah mama. Sebab mama ingat adik jadi macam ni sebab mama masa ni adik kena msuk ubat susut bengkak di emergency. Tak kena tahan wad ubat habis boleh balik diorg bagi ubat sapu. Masa ni mama rasa hepi sebab ingat semua dah selesai dan takda apa yang serius.

4/8/19 (Ahad)
Semuanya bermula pada hari tu pagi tu tetiba mama tengpk mulut adik je menggelupas macam tu menggigil mama tengok masa tu terus direct ke emergency kpj balik. Masa sampai sana dr emergency terus kol dari paed yang on call hari tu dah syukur sangat masa tu dr yang on call dr syed.

Masa ni tengah tunggu nak masuk wad. Masa ni makin teruk dah keadaan adik mata dh tak boleh bukak makin teruk bengkak mama masa ni tak tahu lagi apa yg jadi kt adik jadi mama. Still salahkan diri mama. Sepanjang hari tu mama meraung macam org gila mama rasa mcm nak pitam masa tu.

Dijangkiti penyakit kulit punca dari orang ramai

Malam tu jadi lebih teruk masa nak habis jadi cecair dan ada tinggal kesan darah ya Allah hanya Allah je yg tahu masa tu apa mama rasa masa dr syed datang dia bagitahu dan jelas kan ape terjadi kt Eldryna bukan sebab alergik ubat tapi sebab jangkitan kulit iaitu impetigo dan scalded skin syndrome tu. Puncanya dari orang ramai pegang2 baby atau persekitaran serta maybe air kotor. Tapi punca utama kuman tu sbb dari org yg ada sakit kulit or ade kuman tu dan pegang Eldryna maka kuman tu pergi dekat dia so start dari tu. Maaf kalau mama jadi paranoid yg amat kalau org luar nak pegang adik lepas ni. Remuk hati mama tengok adik masa ni dgn takleh bukak mata meraung tahan sakit hancur hati mama memang berlinang air mata je satu hari suntuk tu.

5/8/19 (Isnin)
Lepas on antibiotics alhamdulilah nampak kuman yg dekat muka adik tu jadi kering sikit tinggal salin kulit baru. Mata boleh bukak dh lepas nurse bersihkan tp tak dapat bukak besar sbb bengkak.

6/8/19 (Selase)
Masa ni alhamdulilah mata adik yg bengkak dh surut dan kulit yg kena kuman tu mula kering nak ganti kulit baru masa ni dr syed ckp maybe makan masa 2 minggu adik kena admit. Masa tu menggigil mama dengar tp demi kebaikan adik mama redha je masa tu hanya doa yg mama tk putus dr mulut ni utk anak mama eldryna saffyia.

Semakin pulih

7/8/19 (Rabu)
Masa ni mama dh mula boleh positive balik sbb tengok muka adik dh makin elok ada peningkatan yg sangat cepat tak sngka cepat adik recover adik memang kuat.

8/8/2019 (Khamis)
Masa ni dr syed kata mybe boleh balik hari jumaat nanti tapi dia kena confirm kan dulu sebab dia nak tgk totally adik dh recover sepenuh nye atau belum. Mase ni mama mintak semua ahli keluarga doa kan utk adik moga2 dpt discharge jumaat nanti.

9/8/19 (jumaat)
Hari ni adik riang betul sbb dia tahu lah tu dia dah boleh balik. Dr syed dtg pagi tu kate 99% dia bagi adik balik petang tu sebelum balik dia nak check adik lagi sekali dulu. Semua dh mula elok just tinggal sikit2 utk salin kulit baru masa ni mama hepi sgt tak sangka cpt jugak adik recover dari anggaran dr. Adik memang kuat mama syg adik.

Sumber : Munie Suraya

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×