berita

‘Ingat Kerabat Diraja Semua Makan Chicken Chop’ – Foto Masakan Raja Permaisuri Agong Tarik Perhatian

October 14th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah aktif di laman Twitter, jadi tidak hairanlah jika baginda sering mendapat perhatian rakyat jelata. Malah, apa sahaja yang dikongsi pasti mendapat respon orang ramai.

Terbaru, Tunku Azizah berkongsi foto masakannya di twitter sehingga menarik perhatian ramai. Namun, apa yang melucukan apabila seorang pengguna Twitter beranggapan golongan kerabat diraja hanya makan makanan barat seperti chicken chop. Apa pendapat anda?

Pemaisuri kongsi foto masakan

Lebih 6k retweet, foto masakan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendapat pelbagai respon dari warga twitter yang rata-ratanya terliur dengan masakan tersebut.

Tak kurang juga yang meminta agar baginda berkongsi resepi ayam gulai daun kesom dan nasi goreng lada hijau bilis yang kelihatan begitu menyelerakan. Memang rajib betul Permaisuri Agong kita ini!

Mohon kongsi resepi

Ingatkan semua raja makan chicken chop

Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah respon lelaki ini yang beranggapan golongan raja-raja hanya makan chicken chop. Kalau difikir, logik juga apa difikirkan kerana selama ini tidak pernah kita melihat institusi raja berkongsi kehidupan bersama rakyat jelata. Tidak hairanlah, rata-rata warga netizen setuju dengan tanggapan yang dibuat.

Malah, ada juga yang ingat raja-raja menggunakan kata ganti diri kekanda dan adinda setiap masa. Aduh kelakar pula baca respon netizen.

Respon kelakar netizen

Ingatkan ada dayang suapkan anggur

Minum jus oren setiap masa

Sumber : ajibtoo

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×