berita

Ingat Lagi Video Kahwin Hadi & Farah? Lelaki Ini ‘Tolong’ Hasilkan Video Yang Lebih Baik, Hasilnya..

October 19th, 2018 | by Wan
Video Popular

Ingat lagi video perkahwinan ‘unik’ Hadi dan Farah yang viral tempoh hari? Video perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan terindah pasangan itu bertukar sebaliknya apabila suntingan yang dilakukan oleh pihak videographer terlalu unik. Mana tidaknya siap ada visual 3D roket, motor di atas masjid dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan: Kreatif Tahap Tinggi, Kompilasi Video Perkahwinan Lelaki Ini Tarik Perhatian Netizen

Ramai yang bersimpati dengan nasib pasangan itu, sehingga ada yang menawarkan khidmat membuat video baru perkahwinan tersebut. Malangnya pihak videographer tidak bekerjasama memberikan video asal tanpa suntingan. Jadi terpaksalah edit guna video yang ada je tapi hasilnya tetap jauh lebih baik!

Versi lebih elok

Walaupun berdepan kekangan seperti ketiadaan video asal, seorang Youtuber bernama Prince Noob tetap meneruskan hasratnya untuk membantu menghasilkan video yang lebih elok untuk pasangan itu. Apa-apa pun kuddos!

Most Read Today