berita

‘Ingat Mami Nak Hadap Jadi Hero Lagi?’ – Azhar Sulaiman Dedah Sophia AlBarakbah Ada Kongsi Cerita, Namun Kena Rahsiakan!

February 4th, 2023 | by Aina Sarah
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, pelakon terkenal iaitu Azhar Sulaiman atau lebih mesra dipanggil Mami, tampil mengatakan bahawa dia sudi untuk berlakon bersama dengan Sophia AlBarakbah walaupun pelakon lelaki lain nekad untuk menolak.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Baik Label Sophia Pelacur, Fitnah Besar Itu’ – Azhar Sulaiman

Artikel Berkaitan: ‘Ini Bukan Gimik’ – Aliff Aziz Nafi Sophia ‘Tersuka’ Hanya Untuk Naikkan Rating Drama

Ingat Mami serius nak jadi hero kembali?

Terbaru, pelakon Keluarga Iskandar itu dilihat sekali lagi memuat naik satu hantaran dengan menekankan dia tidak ‘hadap’ untuk menjadi pelakon utama di ketika usianya sudah 51 tahun.

Laaaa, ada juga netizen yang ingat Mami serius dan hadap sangat nak jadi hero kembali?

Hantaran Mami ini sekadar ingin menunjukkan yang saya berada di pihak Sophia dalam kemelut dia.

Selain itu, Azhar turut menegaskan bahawa zaman gemilangnya sebagai pelakon utama telah pun berlalu dan kini tiada lagi produser yang akan menawarkan tawaran tersebut.

Itu rahsia kami berdua

Dalam pada itu, bapa kepada Kasih Iris Leona mendedahkan aktres berumur 30 tahun ada menghubungi dan berkongsi cerita namun dia terpaksa merahsiakan.

Sophia dah mesej Mami, dia kongsikan sikit cerita dengan Mami. Malangnya, itu rahsia kami berdua. Tak boleh nak kongsikan dengan awak semua. Yang penting, lupakan saja cerita ‘murah’ ini, ‘move on’ dengan kehidupan dan karier.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×