Bila sebut tentang pelaburan hartanah, mesti ramai terus terbayang modal yang besar, komitmen jangka panjang dan macam-macam urusan yang perlu difikirkan.

Tapi korang tahu tak,  warga Bumiputera sebenarnya ada peluang untuk memiliki pegangan dalam portfolio hartanah komersial tanpa perlu beli satu-satu aset tersebut?

Menerusi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), pelabur Bumiputera boleh melabur dalam dana amanah hartanah patuh Syariah dengan harga tetap RM1 seunit, malah boleh mula dengan modal serendah RM100.

Tak perlu beli bangunan sendiri, AHB dah ada hartanah untuk korang

AHB diperkenalkan pada 2010 oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) sebagai satu platform untuk memberi peluang kepada  warga Bumiputera menyertai pelaburan dalam portfolio hartanah komersial berkualiti.

Maksudnya, korang tak perlu pening nak fikir tentang penyelenggaraan bangunan, cari penyewa atau urusan pengurusan hartanah.

Semua itu diuruskan secara profesional oleh PHB dan pengurus dana, PHB Asset Management Berhad (PHBAM).

Antara aset yang menyokong portfolio AHB termasuk Menara Prisma Putrajaya, CP Tower di Petaling Jaya, Nu Sentral, Menara 1 Sentrum, Gleneagles Hospital, Quill 18 Cyberjaya serta beberapa lagi hartanah komersial di seluruh Malaysia.

Ini bermakna korang takperlu keluarkan modal besar untuk memiliki sebuah hartanah, pelabur boleh mengambil bahagian menerusi pegangan unit dalam AHB.

Tahun ni AHB agih 5 sen seunit

Bukan setakat menawarkan peluang untuk melabur, AHB juga baru sahaja mengumumkan agihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026.

Untuk tempoh enam bulan berakhir 30 September 2026, AHB mengumumkan 2.10 sen seunit, manakala PHB turut mengisytiharkan bonus sebanyak 0.40 sen seunit bagi pegangan sehingga 1,000,000 unit pertama bagi setiap pemegang unit.

Jadi, jumlah agihan bagi tempoh tersebut ialah 2.50 sen seunit.

Kalau dicampur dengan agihan interim 2.50 sen seunit yang diumumkan pada April lalu, jumlah keseluruhan agihan AHB bagi TK2026 menjadi 5.00 sen seunit.

Agihan kali ini melibatkan pembayaran sebanyak RM236.41 juta kepada lebih 82,000 pemegang unit AHB di seluruh negara.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Encik Mazuki Abdullah @Muhammad, prestasi ini menunjukkan AHB terus berdaya tahan walaupun berdepan persekitaran ekonomi yang mencabar.

Dah lebih RM2.7 bilion diagihkan sejak 2010

Kalau korang rasa AHB masih baharu, sebenarnya dana ini dah lebih 16 tahun berada dalam pasaran.

Sejak dilancarkan pada 2010, AHB telah mengagihkan kira-kira RM2.7 bilion kepada pemegang unit Bumiputera.

Jumlah itu menunjukkan AHB bukan sekadar menjadi platform pelaburan, malah turut membantu masyarakat Bumiputera membina pemilikan aset dan kekayaan untuk jangka panjang.

Untuk yang tertanya-tanya, agihan pendapatan yang diterima pemegang unit juga dikecualikan daripada cukai dan dizakatkan.

Ada 400 juta unit baharu untuk lebih ramai Bumiputera

Nak bagi lebih ramai Bumiputera peluang menyertai AHB, PHB turut menambah 400 juta unit baharu pada 1 September 2026.

Dengan penambahan ini, jumlah keseluruhan unit AHB kini meningkat kepada 5.4 bilion unit.

Ini merupakan penambahan unit keenam sejak AHB diperkenalkan dengan saiz dana permulaan sebanyak 1 bilion unit pada 2010.

Penawaran unit baharu ini juga membuka peluang kepada pelabur baharu untuk menyertai AHB, manakala pelabur sedia ada boleh menambah pegangan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak melabur 

Bagi Mazuki, budaya menyimpan dan melabur sepatutnya dimulakan sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan jangka panjang.

Tak kisahlah baru mula bekerja, dah berkeluarga atau tengah fikir tentang persaraan, lebih awal seseorang mula melabur, lebih banyak masa yang ada untuk membina kekayaan dalam jangka panjang.

Menerusi AHB, masyarakat Bumiputera boleh mendapatkan peluang untuk melabur dalam portfolio hartanah komersial pada harga tetap RM1 seunit, dengan pelaburan minimum RM100.

Bagi yang berminat, langganan AHB boleh dibuat menerusi cawangan pengedar sah di seluruh negara termasuk Maybank, AmBank, AmBank Islamic, Bank Islam Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.

Mana tahu, langkah kecil yang korang mula hari ini boleh jadi sebahagian daripada perancangan kewangan untuk masa depan.