Hari Koperasi Negara 2026 bakal gegar Pulau Pinang dengan pelbagai tarikan untuk seisi keluarga.

Bila sebut Penang, mesti ramai terus terbayang nasi kandar, char kuey teow dan pelbagai port OOTD yang cantik untuk diabadikan di media sosial.

Tapi kali ini, ada satu lagi sebab yang mungkin ramai belum tahu.

Dari 3 hingga 5 Julai 2026, Sambutan Hari Koperasi Negara 2026 (HKN’26) Peringkat Kebangsaan bakal berlangsung di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang dan dijangka menghimpunkan sehingga 10,000 pengunjung dari seluruh negara.

Membawa tema ‘Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara MADANI‘, program anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini bukan sekadar acara rasmi biasa, malah bakal menjadi platform yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik, peluang perniagaan dan pengalaman baharu untuk orang ramai.

Ramai tak sedar, koperasi sebenarnya dekat dengan kehidupan kita

Soroton Majlis Pra Peluncuran Hari Koperasi Negara 2026 (HKN’26) yang dirasmikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B)

Bila bercakap tentang koperasi, mungkin masih ada yang menganggap ia sekadar organisasi simpan pinjam atau perniagaan kecil.

Hakikatnya, koperasi memainkan peranan besar dalam membantu memperkukuh ekonomi komuniti, menyediakan peluang pekerjaan serta membuka ruang kepada rakyat untuk menjana pendapatan secara lebih mampan.

Sebab itu sambutan Hari Koperasi Negara diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf sumbangan gerakan koperasi terhadap pembangunan sosioekonomi negara, selain meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai potensi besar sektor ini.

150 booth dalam satu tempat, memang rambang mata

Antara tarikan utama HKN’26 sudah tentunya kehadiran 150 booth jualan dan pameran yang menghimpunkan koperasi dari seluruh negara.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama agensi-agensi di bawahnya seperti SKM, IKMa, TEKUN Nasional, SME Corp., INSKEN dan Bank Rakyat akan menyediakan kaunter perkhidmatan sepanjang tiga hari penganjuran program.

Pengunjung berpeluang mendapatkan akses secara lebih mudah dan terus kepada semua agensi terlibat bagi mendapatkan informasi terkini, kemudahan pembiayaan, geran bantuan serta khidmat nasihat berkaitan pembangunan kapasiti khususnya berkaitan keusahawanan dan koperasi.

Bukan itu sahaja, orang ramai berpeluang meneroka pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan koperasi, daripada makanan dan minuman hinggalah kepada produk komuniti, pelancongan serta pelbagai inisiatif keusahawanan yang mungkin ramai tidak pernah tahu sebelum ini.

HKN’26 juga turut mengumpulkan 15 jenis laksa dari seluruh Malaysia menerusi festival laksa di perkarangan PICCA. Menarik bukan?

Turut memeriahkan acara ialah Jualan MADANI Koperasi (JMK) yang menawarkan peluang kepada orang ramai mendapatkan pelbagai produk pada harga berpatutan.

Kalau jenis suka berjalan dari satu booth ke satu booth sambil mencari produk menarik atau makanan tempatan yang unik, memang ini antara bahagian yang tak patut dilepaskan.

Bukan sekadar jualan, ada forum, seminar & peluang networking

Menariknya, HKN’26 bukan hanya tertumpu kepada aktiviti jual beli.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian ilmu turut disediakan termasuk forum perdana, seminar, pocket talk dan taklimat industri yang mengetengahkan pelbagai topik berkaitan pembangunan koperasi dan keusahawanan.

Bagi usahawan atau mereka yang sedang mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan, sesi jaringan perniagaan (business matching) juga akan diadakan bagi membuka ruang kolaborasi antara koperasi, pemain industri dan agensi kerajaan.

Siapa tahu, datang sekadar sebagai pengunjung tetapi pulang dengan kenalan atau peluang baharu yang boleh membantu mengembangkan bisnes.

Ada sukan rakyat, malam kebudayaan & aktiviti untuk seisi keluarga

Tak lengkap sesebuah festival tanpa aktiviti yang boleh dinikmati bersama keluarga.

Sepanjang HKN’26, pelbagai aktiviti komuniti turut disusun termasuk sukan rakyat, program kemasyarakatan serta malam kebudayaan yang dijangka menambah kemeriahan suasana.

Malah, koperasi pelancongan dari seluruh negara juga akan mengambil bahagian menerusi booth khas sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Jadi kalau korang memang suka mencari idea percutian atau lokasi menarik untuk diterokai selepas ini, mungkin ada banyak inspirasi yang boleh ditemui di sini.

Datang sebab nak jalan-jalan, balik dengan inspirasi baharu?

Kadangkala perkara yang paling menarik bukanlah apa yang kita rancang untuk cari, tetapi apa yang kita temui secara tidak sengaja.

Melalui HKN’26, pengunjung bukan sahaja dapat mengenali dunia koperasi dengan lebih dekat, malah berpeluang melihat sendiri bagaimana sektor ini membantu memperkasa komuniti dan menjana peluang ekonomi untuk rakyat.

Jadi, jika korang berada di Pulau Pinang atau merancang untuk bercuti ke sana pada awal Julai nanti, mungkin ini masa yang sesuai untuk singgah ke HKN’26.

Mana tahu, daripada sekadar datang untuk melihat-lihat, korang pulang dengan idea baharu, peluang perniagaan atau inspirasi yang boleh membuka lembaran baharu dalam kehidupan.