berita

‘Ingat Saya Sampah?’ – Didakwa Ada Masalah Disiplin, Shahrol Shiro ‘Hentam’ Suria FM

January 25th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kalau sebelum ini, anggota kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol pernah memaklumkan akan meninggalkan stesen radio masing-masing. Mereka mengumumkan selepas menjuarai pentas Maharaja Lawak Mega 2018 pada 18 Januari lalu kerana mahu fokus bidang perniagaan selain komedi.

Namun, pihak Suria FM tempat Shahrol bekerja telah membuat pendedahan mengenai kontrak yang tidak disambung kerana masalah disiplin. Tidak tahan dikritik, pelawak itu menjelaskan perkara sebenar di ruangan Instagram miliknya.

Kamu gantung dan tolak gaji saya

Be Profesional Suria fm! Posting saya sebelum ni dah berterima kasih dan menghargai kamu..Selepas itu riuh rendah perkhabaran yang mengAibkan saya..Kenapa timbulnya isu ni??Adakah kerana hasad dengki??Atau kerana terdengar Bisikan Syaitan?? Biar sy jelaskan satu persatu.. Isu ponteng kerja,mc dan disiplin.

Memang ada berlaku sepanjang MLM2018..Kadang2 mencari idea sehingga jam 3 pg..pukul 5.30 dah bangun..ada yang terlajak..Apa hukuman kamu??? Kamu GANTUNG dan TOLAK gaji saya..saye berlapang dada dan terima keputusan.. Kamu Telah pun MENGHUKUM saya!!!

Kamu suruh jelajah suria setiap jumaat

Sepatutnya kamu berikan sokongan penyampai kamu ada dalam pertandingan..Ini tidak..gambar saya kat sosial media @suriamalaysia jarang sekali di repost..kalau direpost boleh buat kenduri kesyukuran la. Tidak ikut program kamu – Sepanjang jelajah suria ada tempat yang tidak pergi kerana masalah keluarga dan show yang telah lock terlebih awal..

Kamu suruh saya naik bas untuk jelajah suria setiap jumaat sedangkan kamu tahu jumaat malam saya terlibat dalam Super Spontan..Selepas habis rancangan saya ikut jelajah kamu dengan kenderaan sendiri TANPA claim minyak dan tol..

Kamu ingat saya sampah?

Dulu kamu pening kepala rating Suria jatuh..kita berbincang bersama dalam suatu suasana yang muhibbbah..Dengan izin Allah survey yang lepas kita naik..Bila nak tamatkan kontrak suruh datang amik surat dan what app..tanpa duduk bersama..Kamu ingat saya SAMPAH..

Alasan kamu tidak mahu saya hilang fokus dalam MLM2018 sedangkan surat tamat kontrak sewaktu MLM berlangsung..takkan nak nampak suci disitu? Ramai rakan2 pernah berkata tidak elok pasal kamu tetapi saya nafikan.. Buat sahabat2 saya disana @diyanaamira @fizialisuria dan @isseyfazlisham ..teruskan berkarya dengan ikhlas..

Buat Dj Lin jangan ikut perasaan


Buat @djlinsuriacinta jangan terlampau ikut perasaan..bnyk api dalam serkam disana..tak gitu tuan penasihat @jjstyleofficial ..lagi satu what app jangan bagi blue thick jer..terguris perasaan ini. Saya tunggu gak ucapan tahniah atas kemenangan MLM dari kalian..takpe.

Mungkin tak tengok Astro kot (bersangka baik) Akhir kata “Majulah Tanpa Harus Menyingkirkan Orang Lain, Naiklah Tinggi Tanpa Menjatuhkan Orang Lain, Dan Berbahagialah Tanpa Menyakiti Orang Lain”

Sumber : Shahrol Shiro

SKIP THIS AD ×