berita

Ingatkan Air Karat Menitik Dari Siling Rumah, Lelaki Ini Terkejut Jumpa Bangkai Musang

June 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang lelaki menarik lafas lega apabila misteri bau busuk dari atas siling rumahnya terbongkar!

Darah dan air dari bangkai menitik-nitik

Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh seorang lelaki, Berung Marah di group Tukang Apa Hari Ini (T.A.H.I.), dia berkongsi kisah tragedi yang telah menimpa dirinya itu.

Pada mulanya dia menyangka air yang menitik dari atas siling rumahnya merupakan air karat namun selepas disiasat ia sebenarnya merupakan darah dan juga air daripada bangkai musang berkenaan.

Pagi tadi rumah kami telah ditimpa tragedi musang mati atas rumah, yang mana darah dan air dari bangkai tersebut telah menitik-nitik.

Dapat dilihat sebelum menjumpai bangkai tersebut, pemilik rumah berkenaan telah menyediakan plastik besar di ruang rumahnya sebagai alas untuk musang yang telah mati itu.

Bangkai musang sudah dibuang

Bangkai tu dah dibuang tapi nak jadikan cerita asbestos kat tempat musang tu bersemadi dah melekat bau haruman seribu bunga. Bahagian atas tu pun berselirat dengan wayar lampu dan lain-lain.

Pemilik rumah berkenaan sempat bertanya kepada warganet apa yang perlu dilakukan terhadap siling yang telah rosak itu

Sumber : Tukang Apa Hari Ini

SKIP THIS AD ×