berita

Ingatkan Aplikasi Rosak, Kanak-Kanak Terkejut 42 Rider Datang Hantar Makanan Serentak!

November 30th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang pelanggan pesan hanya satu menu tetapi 42 penghantar makanan tiba di depan rumahnya. Kejadian ini berlaku di sebuah kejiranan Cebu, Filipina. Penghantar makanan itu datang serentak selepas seorang kanak-kanak perempuan itu membuat pesanan makanannya. 

Penghantar makanan itu juga terkejut apabila mereka terpaksa berbaris untuk menghantar pesanan hidangan makanan ke alamat rumah yang sama.  Keadaan yang menyebabkan kekeliruan terjadi apabila semua penunggang tiba serentak di jalan yang sempit itu. 

Tekan ‘order’ 42 kali kerana capaian internet lemah

https://www.youtube.com/watch?v=7tHa-KUAHG4

Video: Youtube Juan Troop

Menurut satu perkongsian di Facebook yang dibuat oleh Dann Kayne Suarez, gadis kecil berumur 7 tahun itu berada di rumah bersama neneknya. Kedua ibu bapanya berada di tempat kerja dan meninggalkan telefon pintar bersamanya untuk membuat pesanan makanan atas talian untuk mereka berdua.

Namun, disebabkan capaian internet yang lemah ketika membuat pesanan, kanak-kanak itu menekan butang pesanan berulang kali dan menyebabkan 42 pesanan di hantar.

Menurut laporan Dann Kayne Suarez yang juga merupakan jiran kanak-kanak itu, setiap bungkusan makanan mengandungi filet ayam bersama nasi dan kentang goreng. Mereka terpaksa membayar 7,938 peso iaitu RM671 untuk 42 pesanan itu.

Bagaimanapun, jiran tetangga mereka turut membeli makanan itu untuk menolong kanak-kanak itu yang sudah ketakutan dan menangis sebaik melihat ketibaan 42 penghantar makanan itu.

Sumber: Dann Kayne Suarez.

SKIP THIS AD ×