berita

Ingatkan Babi, Rupanya..

December 14th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Seorang lelaki warga emas ditembak rakannya sendiri selepas disangka ‘babi’. Pada awalnya rakannya itu melihat pokok pisang bergoyang kuat sebelum melepaskan satu das tembakan bagi tujuan menghalau binatang itu.

Kejadian yang berlaku di kebun durian di Kampung Sedengka Ayer Mati di Bota menyebabkan pergelangan tangan kanan dan jari mangsa tidak boleh bergerak.

Disangka babi

Ketika berjalan keliling kebun pengadu ternampak pokok pisang bergoyang kuat dan menjerit “woi!” dua kali untuk menghalau yang disangkakan babi tetapi tidak menjawab. Pemilik kebun kemudian melepaskan satu das tembakan ke arah pokok pisang itu.

Pemilik kebun mendapati mangsa berdarah di bahagian lengan kanannya dan terus menghantar rakannya itu Hospital Changkat Melintang dengan kereta untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum ke balai polis untuk membuat laporan.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, pemilik kebun mengupah mangsa dan seorang lagi rakan untuk membersihkan semak di kebun miliknya. Pemilik itu kemudian meninjau ke bahagian kebunnya yang lain berikutan terdengar bunyi bising dan mengambil senapang patah dari kereta sebelum berjalan di sekeliling kebunnya.

Pengadu mendakwa melepaskan tembakan kerana menyangka benda yang bergerak itu adalah babi berikutan tiada maklum balas yang diterima ketika dia menjerit untuk menghalaunya.

Hanya bertiga di tempat kejadian

Pengadu mendakwa tidak menyangka rakannya yang berada di bahagian belakang kebun itu kerana ketika dia meninggalkan mereka sedang membersihkan kawasan hadapan kebun.

Ketika kejadian berlaku hanya mereka bertiga sahaja yang berada di tempat kejadian dan siasatan di tempat kejadian menjumpai satu kelongsong peluru penabur.

Menurut doktor, pergelangan tangan kanan dan jari mangsa tidak boleh bergerak selain terdapat banyak lubang besar dan kecil pada lengan tangan kanan lelaki itu.

Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 manakala pengadu yang juga pemilik kebun dibebaskan dengan jaminan polis berikutan faktor usianya yang sudah lanjut.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.