berita

Ingatkan Buat Prank Halloween Buang ‘Kepala’ Dalam Tong Sampah, Rupa-Rupanya Kepala Kawan Sendiri!

November 2nd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Sepanyol, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai telah membuang kepala manusia di dalam sebuah tong kitar semula di bandar Huelva. Lebih mengejutkan apabila mayat mangsa turut dijumpai di kawasan flat berhampiran kawasan tersebut.

Ingatkan ‘prank’ Halloween

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Mail, penahahan itu dibuat apabila beberapa saksi tampil membuat laporan selepas melihat suspek mengeluarkan ‘kepala’ tersebut dari sebuah beg sebelum membuangnya ke dalam tong kitar semula. Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek bertindak melarikan diri.

Menceritakan kisah itu, pada awalnya, saksi menyangka itu hanyalah kepala ‘palsu’ selain menyangka itu adalah ‘prank’ sempena Halloween. Tetapi lain pula yang jadinya apabila mereka menyedari bahawa kepala yang dibuang itu adalah kepala manusia.

Rupanya kepala manusia

Malah menurut sumber tempatan, suspek juga bertindak menunjukkan kepala tersebut kepada orang ramai yang melalui kawasan tersebut termasuklah kanak-kanak.

Selepas menerima laporan berhubung kejadian, pihak polis bergegas menahan suspek. Difahamkan, mayat mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an itu telah ditemui oleh penguatkuasa di kawasan flat berhampiran. Menurut sumber, mangsa merupakan kawan suspek sendiri. Namun, setakat ini masih tiada laporan mengenai kejadian dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: Daily Mail, Metro UK

SKIP THIS AD ×