berita

Ingatkan Dah Mati, Rupanya Hidup Lagi

March 7th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dunia dikejutkan dengan berita seroang wanita di Amerika Syarikat (AS) yang disahkan meninggal dunia selepas hilang lebih tiga dekad lalu, muncul semula dan didapati masih hidup di Puerto Rico.

Lega rasanya bila dapat tahu

Menerusi laporan The New York Times, berita tersebut disampaikan oleh keluarga dan polis yang mengesahkan penemuan wanita bernama Patricia Kopta itu. Kopta, 83 tahun, kali terakhir dilihat di Pittsburgh, Pennsylvania, pada tahun 1992, apabila penyiasat mula menyiasat kehilangan wanita berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perbandaran Ross Brian Kohlhepp, Kopta dikenali dengan nama ‘Sparrow’. Kopta, yang menghidap demensia tinggal di rumah jagaan apabila diselamatkan tujuh tahun selepas dia dilaporkan hilang. Suaminya, Bob Kopta berkata, dia berkahwin dengan wanita tersebut selama 20 tahun sebelum kehilangan isterinya.

Lega rasanya apabila dapat tahu dia (Kopta) tidak berbaring di dalam parit di suatu tempat, atau dibunuh di suatu tempat.

Ujar Bob lagi, keluarga mengesyaki isterinya mungkin berada di Puerto Rico, tetapi disahkan meninggal dunia, kira-kira 25 tahun lalu. Bekas juruelektrik itu juga berkata, dia sudah berunding dengan pakar psikiatri berhubung keadaan isterinya.

Jelas Bob, Kopta mempunyai dua adik perempuan, seorang kembar, yang meninggal dunia enam tahun lalu, dan seorang lagi berasa lega apabila mengetahui kakaknya masih hidup.

Selepas 30 tahun saya cuba melupakannya. Sekarang saya boleh melupakannya. Kami tahu apa yang berlaku, dan dia dijaga dengan baik sekarang.

Sumber: The New York Times

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×