berita

Ingatkan Mimpi Potong Daging Rupanya ‘Terkerat’ Buah Zakar Sendiri Masa Tidur

August 22nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di Ghana terpaksa mengumpul dana semata-mata mahu membayar kos pembedahan selepas terpotong buah zakarnya sendiri ketika sedang bermimpi.

Mimpi potong daging, rupanya zakar sendiri!

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Daily Star, mangsa yang dikenali sebagai Kofi Atta berusia 47 tahun mendakwa ketika kejadian, dia sedang baring di atas kerusi rehat dan bermimpi sedang memotong daging. Tanpa sedar, dia telah bangun dan mengambil sebilah pisau lalu memotong buah zakarnya sendiri.

Mangsa yang mula berasa sakit akibat kecederaan itu kemudian tersedar dari ‘mimpinya’ dan berjaya meminta bantuan jiran. Jiran tetangga akui sangat terkejut melihat keadaan mangsa yang berlumuran dengan darah. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurut mangsa, dia tidak sedar apa yang berlaku malah dia berasa seperti dirinya sedang dibuai mimpi.

Saya sedang duduk di kerusi ketika saya mengantuk. Ketika tidur, saya bermimpi bahawa saya sedang memotong daging di hadapan saya. Saya tidak ingat bagaimana saya mengambil pisau itu, malah saya keliru.

Difahamkan, mangsa kini giat mengumpul dana daripada orang ramai untuk menjalani pembedahan kemaluannya.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×