Lebih tiga bulan mendirikan rumahtangga, pasangan Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa menerima berita gembira apabila Ardell disahkan positif hamil. Berita ini dikongsikan pasangan ini di laman Instagram masing-masing.

Pada awalnya, Ardell menyangka simptom hamil seperti muntah adalah disebabkan keracunan makanan kerana sebelum ini dia pernah dimasukkan ke hospital.

Tak perasan kehadirannya

 

View this post on Instagram

 

Mula-mula??( ingat keracunan makanan sebab sebelum ni masuk hospital sebab keracunan makanan , sebab keadaan nya sama )cuma muntah kuning sampai lembik, muntah-muntah-muntah adalah lebih 20x sehari ? rupanya rezeki Allah nak bagi ? tak perasan pun kehadiranya ( Nak ikut saya sama-sama buat misi kemanusiaan bulan 1 ni agaknya baby ni ??) inshaallah . Cerita nya , Pukul 11pagi macam tu rasa nak pergi Klinik ( sebab tak percaya dengan penilaian mata sendiri ) huhu . SLIDE LEFT ???? Rumah vs klinik . Alhamdulillah Double Line ???? mula check sendiri kat rumah saja2 ( sebab mula2 dulu beli ada lebih 1 ) tanpa terfikir akan positive terus try sebab malas simpan tiba-tiba ( sampai lah blur tahap level kurang cerdik aku sebanyak 80% ) sampai 10x baca kat arahan tu 1 line apa 2 line apa walaupun sebelum ni pernah try tapi naik 1 line ? tak tau time ni rasa macam mana ( ada yang macam saya ? ) . Terus cakap kat wawa jom pergi klinik jap ,dia cakap sakit ke ?nak pengsan ke ?? Saya tak cakap apa, Terus tunjuk ni haa 2 LINE , dia cakap sambil main game kt hp .. hmm ingat kenapa tadi risau saya , takpela awak belum rezeki kita jangan sedih ??. Saya pun dengan kening bekerut terus cakap kertas ni cakap 2 LINE pregnant ??.. dia terus haaa ???siapa pregnant ? Dengan masing2 blur dan mendiam kan diri terus ke klinik sah kan . Masuk bilik doctor setelah bagi Botol air kencing’z . Doctor ?????kata tengok ni baik-baik , air urine awak .. kalau dekat UPT saya ni naik 2 LINE bermakna awak memang SAH hamil ?( naik terus beberapa saat 2 line ) wawa punya terkejut waktu tu mcm kelakar ada sedih pun ada ?. Balik klinik amik ubat , terus masing2 sengih macam kerang busuk tapi diam seolah-olah masing2 sedang berangan & di awang – awangan???. Cuma membingungkan berapa lama dah agak nya awak dalam perut saya wahai anak?? ? ? nanti umie check hari lain ye . Harini cukup hari ini dulu saya kongsikan berita ini . Alhamdulillah rezeki Allah pada kami , doa kan semoga Anak dalam kandungan ini sentiasa sihat & doa kan saya juga ? , ini sahaja perkongsian saya saat ini . NEXT sy akan kongsikan berapa lama dah usia nya dalam kandungan saya inshaallah ?? #Adhwardell junior #coyg

A post shared by ??? ??????? (@ardellaryana) on Dec 20, 2019 at 3:43am PST

Menceritakan dengan lebih lanjut, Ardell berkata sebelum ini dia pernah dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan dan langsung tidak menyangkakan kehadiran bayi di dalam kandungan. Saat mendapat keputusan alat ujian kehamilan yang dilakukan sendiri di rumah, dia sedikit bingung dan terus mengajak suami mendapatkan kepastian di klinik. Setelah mendapat tahu hamil, memang senyum meleretlah masing-masing.

Ingatkan penyakit lama datang balik

 

View this post on Instagram

 

Syukur pada Allah ?? Saya tak tahu pun dah ada adhwardell junior ?? dalam perut awak masa ni ??Tiba tiba sekarang dapat tahu. Sebak sangat. Patut la awak asyik nak makan je. Tapi lepastu awak taknak makan. Dari bulan lepas teman Awak tido dalam toilet sebab muntah teruk ingat kan penyakit lama awak datang balik sebab awak taknak makan and asyik muntah. Rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di Syria. Terima Kasih Allah ! Alhamdulillah ! Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan sentiasa diberkati Allah. Saya akan sentiasa ada disebelah awak. Minta korang doakan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa sihat ya ???? Syukur Ya Allah ?? #Adhwardell Junior 2020 ? New Journey for me ??

A post shared by ????? ????? ??? ???? (@nadzmiadhwa) on Dec 20, 2019 at 3:57am PST

Suami, Nadzmi Adhwa pula menyangkakan penyakit lama si isteri datang kembali kerana tiada selera makan dan muntah-muntah. Dari bulan lepas, si isteri mengalami muntah-muntah yang teruk sehingga terpaksa tidur di dalam tandas. Rupa-rupanya si isteri sedang membawa zuriat mereka di dalam kandungan.

Di ruangan komen, para peminat mendoakan semoga bayi dan ibu sentiasa sihat. Tak sabar nak tunggu kelahiran bayi comel mereka!

Sumber : Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa