
Pelakon, Zahiril Adzim meluahkan rasa terkejut selepas melihat satu poster pengumuman kematian yang memaparkan wajahnya di media sosial, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Drama Fungsinya Cerminan Masyarakat’ – Zahiril Adzim
Poster kematian

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu memuat naik poster berwarna hitam putih lengkap dengan ucapan salam takziah, sekali gus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan wargamaya.
Meskipun wajah yang tertera pada poster tersebut adalah Zahiril, namun nama yang dipaparkan ialah Falah Bin Yusof iaitu watak yang pernah dilakonkan aktor berkenaan dalam sebuah drama sebelum ini.
Tidak mengambil serius, Zahiril yang menyedari perkara itu tampil membalas perkongsian berkenaan secara santai dan berseloroh.
Terkejut saya. Ingatkan saya dah arwah, rupanya masih hidup lagi. Nasib baik saya tengok nama betul-betul. Kalau tak, mesti saya dah percaya dengan post ini.
Tak apalah, alang-alang saya masih hidup ini, doakan saya ya semua. Semoga saya sentiasa sihat untuk cari reda Allah dan cari rezeki untuk keluarga.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya terhibur dengan sikap tenang Zahiril, malah ada yang mengakui turut ‘terperanjat’ melihat poster berkenaan sebelum membaca penjelasan sebenar.
Sumber: Threads








