Bila tengok orang masak, kita pun nak mesti rasa nak cuba jugak. Nak-nak dalam tempoh PKPB. Bazar Ramadan takde, teringin nak makan macam-macam pulak!
Nak masak, tapi takut tak jadi! Tahu tak sebenarnya sesetengah benda yang korang nak makan tu senang je nak buat. Macam resipi kat bawah ni lah! Lagi senang bila korang tahu yang bahan masakan tu boleh dihantar dalam masa sejam je dengan GrabMart Jom tengok resipi sedap apa yang boleh kita masak sama-sama ramadan ni!
Bahan-bahan:
Cara-caranya pun mudah je! Kisarkan air pandan, tapiskan. Kemudian masukkan air pandan sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut. Masukkan pewarna. Uli hingga tepung boleh dibentuk.
Bulatkan doh kecik-kecik dan letakkan gula melaka seketul ditengah-tengah. Rebus hingga kuih terapung. Kukus kelapa muda yang digaulkan bersama garam. Salutkan onde-onde yang telah masak dengan kelapa dan siap!
Bahan untuk ayam:
Bahan blend:
Bahan tumis:
Letak bahan tumis mula dari serai, daun kari, kayu manis, bunga cengkih. Dah naik bau, masukkan bahan blend dan goreng hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan ayam separuh goreng tadi.
Masukkan kari ayam dan serbuk cili. Masukkan gula merah dan garam. Tambah daun kari lagi dan siap! Fuh rasa macam tengah makan Nasi Vanggey dekat Ipoh!
Bahan-bahan:
Cara-caranya:
Rebus daging hingga empuk dan simpan air rebusan tu. Basuh beras dan tos. Tumiskan empat sekawan, halia, bawang putih, bawang merah dan rempah kurma. Nak guna minyak sapi pun boleh! Bila dah sebati masukkan secawan air rebusan daging. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan garam dan kemudian beras sehingga agak kering. Pindahkan ke dalam rice cooker dan tambahkan hirisan daging dan tomato. Tambah air rebusan daging dan tunggu sehingga masak. Done!
Bahan untuk kulit dimsum:
Ulikan dan letak pewarna ikut kesukaan korang.
Bahan untuk isi:
Gaul semua bahan di atas kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan garam secukup rasa. Gaulkan dan masukkan dalam peti sejuk. Bentukkan dimsum mengikut kreativiti dan letakkan isi di tengah. Kemudian kukus selama 20 minit! Done!
Bahan bahan:
Cara cara:
Sangai kacang tanah sehingga masak. Buang kulit kacang dan biarkan kacang sejuk. Rendam kacang sebelum dikisar dan ketepikan. Mayang bawang besar kemudian panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis bawang sehingga wangi kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak. Masukkan kacang yang telah dikisar. Tuangkan 2-3 cawan air dan tunggu sehingga mendidih. Yang terakhir masukkan gula melaka dan garam! Siap!
Senang je kan? Menu wajib pagi raya ni boleh korang makan dengan lontong dan juga ketupat! Fuh memang terangkat!
Musim PKPB ni, walaupun dah boleh keluar bersyarat tapi masih agak sukar bagi sesetengah individu. Selain itu, korang masih lagi perlu beratur jika ingin membeli barangan keperluan harian. Rasa nak menangis tau kalau dah beratur lama kemudian ada barang yang tak ada. Dari bersemangat nak masak terus tak jadi!
Nasib baik ada GrabMart. Ia sangat membantu lagi-lagi ketika PKPB ni tau. Rider akan tolong korang belikan bahan masakan seperti ayam, daging, sayur, buah-buahan dan apa saja bahan basah yang korang nak. Yang buatkan servis ni lagi best, barangan akan dihantar dalam masa 1 jam!
Antara store yang ada di GrabMart ialah Lizar Chilli Spices, G Grocer, Kiara Supermarket, Seoul Mart, The Natural Marketplace, Vegetory, Sri Vina Enterprise, Yong Shen Food dan Food Forge! Jadi, macam -macam jenis masakan korang boleh try! Bukan hanya bahan masakan melayu, masakan India, masakan Cina, dan Korea pun boleh!
Bukan hanya dari grocery store,GrabMart juga ada di Pasar Besar TTDI, Pasar Borong Selangor dan MyFarm Putrajaya! Jadi, jangan risau sebab barang-barang yang dibelikan tu memang semuanya fresh!
Hanya klik icon ‘Mart’ di aplikasi @GrabMy dan boleh terus pilih bahan apa yang korang nak minta rider belikan. Yang paling penting, korang tak perlu risau sebab rider Grab semuanya mematuhi SOP ketika PKP! GrabMart bukan hanya ada di Lembah Klang, tapi juga ada di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka dan Ipoh.
Untuk maklumat lanjut korang boleh klik di sini! So guys, Nak Masak Apa Hari Ini Dengan GrabMart?