berita

‘Ingatlah, Dr Tak Selalunya Akan Jadi Doktor’ – Surat Terbuka Buat Dr Rusyainie Ramli

September 24th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Menggunakan media sosial untuk membentuk kesedaran orang awam, seorang doktor semalam dikecam hebat gara-gara menggunakan perkataan tidak sopan. Doktor tersebut didakwa telah membebalkan netizen yang berkongsi pengalaman berpantang di ruangan komen Facebooknya.

Artikel berkaitan : Doktor Bebalkan Ibu Berpantang Laksa, Pakar Sains Makanan Tampil Beri Penjelasan

Terbaru, individu ini menulis surat terbuka khas buat doktor tersebut,

Harap doktor tak takbur dan bongkak

Surat untuk Dr Rusyainie Ramli,

Saya bukanlah doktor, tapi result SPM saya membolehkan saya sambung belajar dan bekerja specialist di bahagian yang lain.

Terima kasih banyak-banyak untuk ilmu-ilmu yang doktor sampaikan itu. Sangat bermanfaat.

Saya sangat percayakan ubat hospital, tak makan atau jual jamu dan suppliment.

Memang saya malas baca post-post Dr, sebab dalam post-post Dr selain ilmu terdapat banyak ayat makian yang kesat kepada orang lain seolah2 orang lain binatang dan tak ada maruah. Post Dr membuatkan hari saya kelam dan sedih.

Harap Dr tak takbur dan bongkak sebab kalau Allah nak tarik kejap je boleh tarik.

Ini pendapat saya

Contohnya Dr accident dan tiba-tiba hilang ingatan dan hilang semua ilmu kedoktoran Dr itu. So dah tak boleh sampaikan ilmu lagi.

Lebih teruk kalau Dr kena strok dan bisu dan tak mampu menulis lagi apatah untuk bercakap dan memaki orang lain.

Ingatlah, Dr tak selalunya akan jadi doktor. Mungkin satu hari nanti Dr akan jadi pesakit juga.

Orang yang berpangkat tinggi selalunya lebih berhemah dan merendah diri. Mungkin Dr boleh sambung belajar dan cuba meninggikan pangkat Dr lagi supaya adanya sifat baik dalam diri Dr.

Ini hanya pendapat saya yang tak suka tengok orang lain dimaki dan pada saya seorang perempuan, walaupun berpangkat doktor haruslah ada adab sopan dan lemah lembut.

Yg bukan Dr,
Emma Wan Al-Haji
(Project Designer)-specializing in designing Hospitals, Shanghai..Berlin..KL.

* Tanpa pekerja macam saya, hospital dan bangunan lain takkan terbentuk.

Sumber : Emma Wan Noordin