berita

Ingin Berbuka Puasa Sambil Menderma? Jom join kempen Add Hope Nih!

June 15th, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

Picure 1

Pada 10 Jun baru-baru ni KFC telah melancarkan satu lagi usaha tahunan mereka bagi membasmi kelaparan untuk tahun ke – 10 dah! Kempen ni dikenali sebagai Add Hope.

Lebih agresif Ramadhan ini dengan pelbagai strategi untuk mengumpul dana, membangkitkan sokongan dan kesedaran yang lebih tinggi daripada orang ramai. Ha, bagus tau bila adanya kempen sebegini dalam bulan Ramadhan ni..

Picture 3

Sebelum ni, kempen Add Hope ni dikenali sebagai “World Hunger Relief“.

Add Hope ni bukan sebarang kempen tau, ianya adalah satu usaha yang merangkumi setiap lapisan organisasi, daripada peringkat restoran ke pihak pengurusan, disokong padu oleh masyarakat yang terus telus untuk menghulurkan bantuan, bahas Sharifah Musainah, Pengurus Besar QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd yang juga hadir bersama selebriti Malaysia, Scha Al-Yahya.

Picture 2

Objektif utama Add Hope ni untuk mengumpul dana bagi membekalkan sumber makanan di kawasan yang dilanda masalah kelaparan pada peringkat tempatan dan antarabangsa.

Kempen ni juga dah berjaya mengumpul lebih daripada RM17 juta, dan lebih dari USD $600,000,000 di peringkat global. Kempen ini bermula dari 31 Mei 2016.

Terdapat banyak rumah kebajikan, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta individu dan keluarga yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia telah mendapat manfaat dari kempen ini.

Cara nak kumpul dana ni? Ha, melalui tabung derma di setiap cawangan KFC di seluruh negara dan melalui penjualan KFC Add Hope Meals berikut:

  • Add Hope Snack Plate
  • Add Hope Dinner Plate

Untuk info lebih lanjut boleh layari Facebook Add Hope Malaysia www.facebook.com/AddHopeMalaysia!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×