berita

Ingin Berjaya Seperti Mark Zuckerberg? Jom Sertai Sesi Wild Digital Asia Tenggara 2018 Sekarang!

June 20th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Setiap kejayaan semuanya bermula dengan azam, keberanian serta harapan. Pastinya setiap individu diluar sana memasang impian ingin mempunyai perniagaan sendiri. Betul tak? Tambahan pula medium digital merupakan ‘masa depan’ dalam bidang ini.

Jadi untuk langkah pertama apa kata anda sertai sesi Wild Digital yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dimanakah lokasinya dan bagaimana untuk sertai sesi bermanfaat ini? Baca untuk info selanjutnya.

Apakah objektif utama program ini?

Catcha Group memulakan Wild Digital pada tahun 2015 dengan visi mengumpulkan pengasas dan peneraju digital di bawah satu bumbung bagi berkongsi pengalaman serta kepakaran mereka kepada orang ramai. Dalam masa tiga tahun, Wild Digital telah menjadi persidangan tahunan di Asia Tenggara dimana setiap pemimpin dari syarikat ternama berkumpul dan berkongsi tips, bertukar pendapat untuk memajukan lagi perniagaan dalam bidang ini.

Tahun ini, dijangka kira-kira 800 CEO, pengasas serta pelabur teknologi utama syarikat dari sekitar Asia Tenggara akan menghadiri persidangan kemuncak ini dengan bertemakan ‘Inspire. Connect. Disrupt.’ Oh ya, tujuan utama program ini juga adalah untuk;

  • Ingin memupuk generasi muda sekitar Asia Tenggara tentang betapa pentingnya bidang teknologi
  • Mengukuhkan kedudukan serantau dalam menguasai bidang ini.
  • Membuka peluang bagi kaum wanita untuk mendalami bidang teknologi.

Bila & dimana lokasi sesi ini akan berlangsung?

Sesi Wild Digital Asia Tenggara 2018 ini akan berlangsung di Hilton, Kuala Lumpur pada 4 dan 5 Julai 2018. Acara akan diadakan selama dua hari berturut-turut. Hari pertama acara akan bermula dari 8 pagi hingga 7 malam, manakala hari kedua pula akan berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 9 malam. Wah tak sabarnya! Banyak ilmu dan tips nak kena grab ni!

Speakers dari bosses ternama!

Event yang hebat pastinya disertai oleh ahli panel yang ternama. Antaranya ialah Patrick Grove (Pengasas bersama & CEO Catcha Group), Khailee Ng (Pengurus bersama 500), Fadzarudin Anuar (Pengasas bersama & CEO Fashion Valet), Mark Britt (Pengasas bersama & CEO iFlix) dan ramai lagi. Pastinya dengan ilmu serta perkongsian yang merikan berikan nanti akan memberi kita peluang untuk berjaya seperti mereka.

Antara sesi menarik menanti anda ialah;

  • Sesi perkongsian dimana pengasas JustCo, Common Ground, and EV Hive akan membentangkan kes-kes bagaimana ruang kerja bersama akan menganggu tradisi serta infrastruktur sesuatu kerja.
  • Sesi Rapid Fire bersama Joel Neo dari Fave- dimana penonton akan diberi peluang untuk bertanyakan apa sahaja bentuk soalan dan paling best, anda boleh tanya sebanyak mana yang anda mahu!

Dengar cerita ada 3 tawaran yang anda tidak boleh lepaskan! Apa tu?

Anda pasti tertanya-tanya selain perkara diatas, ada lagi tak perkara yang best anda boleh dapat dari program Wild Digital ini? Jika anda punyai cita-cita serta impian yang besar, anda boleh mula memohon di Startup Disruptor Arena- dan anda berpeluang untuk memenangi satu jam sesi latihan bersama Patrick Grove, Khailee Ng atau Yasmin Mahmood.

Selepas itu, Catcha group akan menaja sebanyak 90% daripada kos tiket untuk startups! Startups yang layak boleh mendaftar di sini untuk mendapatkan tiket bernilai USD300 (dan dapatkan tiket seterusnya secara percuma!)

Selain itu, Catcha group juga akan menaja kos penuh tiket sehingga 150 wanita yang berada dalam bidang teknologi! Perghh.. Caya lah.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ajak rakan-rakan yang nak berjaya sekali tu ke program ini! Untuk info lanjut anda boleh layari laman sesawang ini. Have fun!

The following two tabs change content below.

Ash Nordin

Content Champions at Rev Asia Berhad
Bukan Norman Hakim, Bukan Keith Foo. Ashie, lelaki tegar.