berita

Ingin Memandu Sendiri Ketika Bercuti Di Pulau Jeju? Ini Panduan Sewa Kereta Yang Korang Wajib Baca!

December 31st, 2019 | by Azizi Rahman
Travelogue

Pasti ramai rakyat Malaysia yang mempunyai impian untuk bercuti di salah satu tempat paling cantik di Korea, iaitu Pulau Jeju. Percutian ke tempat ini pastinya akan lebih menarik dan menyeronokkan jika anda mampu untuk bergerak sendiri dengan memandu ke destinasi yang ingin dituju secara bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Namun sudah semestinya, untuk bergerak secara ‘bebas’ ini, anda perlu menyewa kereta di Pulau Jeju supaya perjalanan lebih lancar dan mudah. Jadi, apa kata ikuti perkongsian yang dibuat pengguna Facebook ini tentang panduan mudah yang boleh digunakan untuk menyewa kereta ketika di sana nanti.

Booking sewaktu di Malaysia

Jika anda ada rancangan nak bercuti dengan kawan-kawan atau bawa keluarga bercuti ke Pulau Jeju tahun 2020 nanti, cara terbaik untuk menikmati pulau ini ialah dengan sewa kereta. Saya kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda.

Pertama, sebaiknya, anda buat booking waktu di Malaysia. Saya cadangkan guna website rentalcars.com, website ini akan senaraikan beberapa company yang ada dan sesuai dengan kereta yang anda pilih. (rentalcars ni macam search engine, sama macam skyscanner dan booking.com)

Sebaik tiba bahagian ketibaan di lapangan terjang Jeju, keluar dari pintu ketibaan antarabangsa, terus ke gate nombor 5. Selepas keluar dari gate, anda perlu lintas jalan dan ikut laluan pejalan kaki ke sebelah kanan. Anda akan nampak satu bangunan yang ada banyak bas parking di depannya.

Wajib ada lesen memandu antarabangsa

Tetapi ini sebenarnya bukan ofis sewa kereta. Di sini, anda perlu naik shuttle bas untuk ke ofis kereta sewa (jika tak pasti, tunjukkan voucher tempahan sewa kereta anda pada staf di situ, dan mereka akan beritahu anda shuttle bas di petak parking mana yang anda perlu naik).

Shuttle bas ini adalah percuma, tak perlu bayar. Sebagai contoh, saya sewa kereta dengan syarikat AJ Car Rental, jadi saya perlu ambil shuttle bus di petak nombor 13.

Sebaik tiba di pejabat sewa kereta, tunjukkan voucher booking pada staf di kaunter. Untuk makluman, untuk menyewa kereta di Korea, anda diwajibkan mempunyai lesen memandu antarabangsa.

Bagaimana nak buat lesen memandu antarabangsa? Pergi ke cawangan JPJ terdekat. Sertakan salinan kad pengenalan , gambar berukuran lesen 2 keping dan bayaran RM150. Lesen memandu antarabangsa sah untuk jangka masa 1 tahun. Dan paling best, lesen memandu antarabangsa anda siap dalam masa kurang 1 jam.

Insurans

Sebelum tanda tangan dokumen perjanjian sewa kereta, pastikan anda bertanya berapa perlindungan insurans yang anda akan dapat jika berlaku kemalangan. Biasanya sewaktu tempahan, pihak sewa kereta hanya memberi perlindungan asas sahaja. Sebaiknya, add on kepada premium insurans yang mana anda tidak perlu membayar apa-apa jika berlaku kemalangan.

Jika anda telah ambil full coverage insurans, anda tidak perlu untuk periksa satu persatu jika ada bahagian kereta yang calar balar atau defect lain. Pastikan anda periksa bahagian tayar supaya anda terima tayar yang tidak terlalu lama. Ini penting untuk keselamatan anda.

Dapatkan senarai lokasi menarik di lapangan terbang

Kereta anda juga akan dibekalkan dengan GPS. Dan biasanya, staf kereta sewa akan bantu untuk  dalam bahasa Inggeris.

Ada sesetengah GPS yang tidak dapat membaca nama tempat. Anda perlu memasukkan nombor telefon lokasi yang anda ingin tujui. Dan anda boleh dapat senarai penuh nombor telefon semua lokasi menarik di kauter penerangan di lapangan terbang.

Akhir sekali, tempat duduk pemandu di Jeju adalah di sebelah kiri. Dan cabaran terbesar memandu di Jeju adalah untuk keluar dari pusat bandarnya. Jalan agak sempit dan banyak lampu isyarat. Jadi anda perlu berhati-hati agar tidak terlepas simpang atau masuk lorong yang salah.

Sebaik telah melepasi atau keluar dan sempadan bandar Jeju City, anda akan rasa betapa nikmatnya memandu di Jeju. Dengan keindahan pemandangan di kiri dan kanan, anda tidak perlu risau duit habis sebab tiada tol dikenakan untuk menggunakan jalan raya di Jeju.

Sumber: Facebook Mohd Fauzi Zakaria

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×