berita

Ingin Mendalami Seni Taranum Dengan Baik? Johan Tilawah Al-Quran Kongsi Rahsianya

May 8th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kemenangan Nor Farhatul Fairuzah Panut menyertai pertandingan Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61 (MTHQA61) sebulan yang lalu, merupakan satu pencapaian yang bermakna buat dirinya dan negara.

Menerusi laporan Mstar, gadis berusia 19 tahun itu, mempunyai kemahiran bertaranum yang sangat baik ketika membaca al-Quran, sehinggakan golongan muda turut tertarik mengikutnya mendekati al-Quran. Alhamdulillah!

Dengar lagu Arab

Menurut Farhatul, gemar mendengar lagu-lagu berbahasa Arab pada masa lapang merupakan salah satu faktor dia boleh bertaranum. Keunikan muzik Arab yang mempunyai banyak persamaan daripada segi taranum dan sebutan, memudahkan dirinya untuk mengikut dan berlatih ketika membaca al-quran.

Bukan itu sahaja, mendengar lagu Arab dapat membantu saya menyebut perkataan digunakan dengan betul, selain menambahkan kosa kata dalam bahasa itu.

Dorongan keluarga

Selain lagu Arab, gadis tersebut mempelajari ilmu taranum melalui ibunya. Ibunya, Jaliah Simin, merupakan seorang qariah. Bimbingan dan dorongan daripada ibu memantapkan lagi caranya untuk taranum.

Sejak kecil lagi dia bersama empat lagi adik-beradiknya akan di didik oleh ibu bapa mereka, untuk membaca kitab suci itu selepas menunaikan solat Subuh. Sekurang-kurangnya 15 minit akan diluangkan sebelum dia melakukan sebarang aktiviti bersama rakan-rakan.

Minat mendalam terhadap al-Quran serta mempelajari taranum adalah daripada dorongan ibu bapa saya sejak kecil lagi. Kebiasaannya saya akan berlatih di rumah selepas solat Subuh kerana itu adalah waktu paling baik untuk membaca dan ‘memecahkan’ suara.

Alhamdulillah atas didikan sejak kecil itu, saya sudah terbiasa dan menjadikan amalan dan sentiasa akan mencari waktu membaca al-Quran tidak kira di mana saya berada.

Antara video dikongsi

https://www.instagram.com/p/BwmObZdHN9t/

Sumber: Mstar & Nor Farhatul Fairuzah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×