berita

Inginkan Kediaman Yang Menjanjikan Ketenangan & Elegen Pada Harga Terbaik? Residensi SIGC Ada Jawapannya!

September 27th, 2019 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Setiap orang memiliki impian dan cita-cita sendiri. Ada antara korang nakkan kerjayaan dalam bidang yang diceburi, ada yang nak miliki rumah, ada yang nak keluarga bahagia, ada yang nak ada aset dan ada pulak nak buat duit dengan pelaburan.

Sebenarnya, korang boleh dapat semua ini jika korang bijak. Bijak macam siapa? Macam min la… Nak tahu macam mana nak dapat semuanya sekaligus. Baca sampai habis tau.

Pelaburan hartanah mungkin jawapan yang korang cari!

Min yakin ramai antara korang yang mula sedar betapa pentingnya memiliki kediaman sendiri. Ianya bukan sekadar aset, tapi juga merupakan pelaburan jangka panjang untuk diri dan keluarga. Korang kena faham, harga rumah memang payah nak jatuh. Nak-nak kalau lokasinya strategik. Memang boleh melambung harga rumah korang.

Residensi SIGC, kediaman mewah impian korang!

Ha! Nak miliki aset? Nak buat pelaburan? Nak punya kediaman impian? Inilah peluang korang untuk wujudkan semua keinginan tu. Residensi SIGC ada jawapannya! Kaut semua sekaligus.

Residensi SIGC dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti rumah pengawal, taman permainan kanak-kanak, gelanggang bola keranjang, trek jogging,  amphitheatre, gazedo, tasik rekreasi, surau, gim dan kolam renang. Kediaman ini menjanjikan persekitaran hijau dan menenangkan.

Terletak di tengah-tengah Seremban, Residensi SIGC merangkumi 41 ekar kawasan perumahan elegen dan mewah sesuai untuk dijadikan kediaman korang dan keluarga.

IRAMA, rumah 2 tingkat dengan pemandangan terbaik!

Memiliki keluasan 2,988 kaki persegi, IRAMA merupakan rumah 2 tingkat yang dibina bersebelahan dengan Seremban International Golf Club. Ianya memiliki pemandang hijau yang memukau mata. Cantik wei!

IRAMA memiliki 4+1 bilik tidur beserta 4 bilik air. Kediaman ini memang ngam untuk korang dengan keluarga besar. Lagipun kawasan ini dikawal selia 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Awesome kan?

Nak cari makan pun senang!

Selain tu, korang nak cari makan pun senang. Mana tahu saudara dari jauh datang berkunjung boleh la korang bawa diorang makan dekat Ijan Station Corner, Nasi Arab Damsyik, Popian Kuala Kangsar, Mrdiamondpizza, Man Tomyam, Leha World Nasi Campur atau mungkin boleh singgah Haji Shariff Cendol.

Banyak betul pilihan makanan yang ada kan? Semuanya sedap belaka. Korang nak apa lagi, IRAMA ada semuanya! Rumah luas, selesa, pemandangan superb, dekat dengan kedai makan, akses mudah ke lebuh raya dan dekat dengan lokasi tarikan pelancongan.

Nice sangat lokasi ni untuk dijadikan sebagai aset pelaburan jangka panjang selain merealisasikan impian korang memiliki kediaman terbaik untuk keluarga.

Akses mudah ke lebuh raya! Banyak pusat tarikan pelancong pulak tu!

Akses yang mudah untuk ke lebuh raya sebenarnya sangat penting. Ini bagi memudahkan kita bergerak. Nak balik kampung, nak jalan-jalan, tak jadi masalah dah. 1KM je nak ke lebuh raya LEKAS. Dekat sangat wei!

Bukan itu saja, banyak tempat tarikan pelancongan ada berhampiran Residensi SIGC seperti Jelita Ostrich Farm, Royal Gallery Tuanku Ja’afar, Masjid Jamek Seremban, Negeri Sembilan State Museum, De serenity, The Shorea dan banyak lagi. Power habis!

Cakap dengan min, korang nak apa lagi? IRAMA berikan korang semuanya! Memang rugi kalau korang tak beli. At least, korang singgah dulu ke galeri mereka dan tengok sendiri apa yang IRAMA mampu berikan untuk korang.

** Harga rumah bermula dari RM 575,xxx hubungi 1 800-88-2688  untuk lebih detail.

Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah.

Website : Residensi SIGC

Facebook : Residensi SIGC

No Telefon : 1 800-88-2688

Lokasi :

SKIP THIS AD ×