Sebagai rakyat Malaysia min sangat berbangga dengan Malaysia Airlines tau. Korang mesti setuju juga kan?
Maklumlah, min kecik-kecik dulu kalau teringin nak naik kapal terbang mesti dalam kepala otak hanya terlintas Malaysia Airlines.
Jom min kongsikan sesuatu yang menarik tentang Malaysia Airlines!
Malaysia Airlines sentiasa menjadi pilihan!
Dalam banyak-banyak syarikat penerbangan, Malaysia Airlines ni merupakan salah sebuah syarikat yang kerap min gunakan.
Sebab bagi min lah kan, ianya merupakan di antara yang terbaik di dunia. Selain dari nilai patriotisma, servis terbaik yang diberikan membuatkan min memilih untuk terus terbang bersamanya.
Dah nama pun syarikat penerbangan negara, mestilah kita kena sokong kalau tak siapa lagi kan?
Yang best nya dengan Malaysia Airlines ni kan, mereka selalu ada banyak buat tawaran yang berbaloi untuk tiket penerbangan yang mampu milik.
Nak tau tak macam mana? Rahsianya ialah book je awal-awal bila ada promo tu!
Korang mesti selalu ingat Malaysia Airlines ni mahal kan? Sebenarnya bukan mahal tapi berbaloi!
Penerbangan yang selesa, perkhidmatan yang terbaik, layanan kru kabin yang sentiasa mengukir senyuman sambil menghidangkan snek, makanan dan minuman di depan kita. Tak ke seronok macam tu?
Malaysia Airlines bukan lah sebuah syarikat penerbangan yang mewah tapi premium. Baru syok macam ni!
Kita travel ni sebab nak reward diri kita juga, ibu bapa dan explore sendiri pengalaman baharu. Jadi min rasa tak salah kalau kita berbelanja lebih sikit untuk perjalanan yang lebih selesa.
Tapi min nak pesan juga apa-apa pun kita kena ‘ukur baju dibadan sendiri’.
Malaysia Airlines sentiasa menjadi kebanggaan kita!
Kalau korang nak tahu sejak September 2015 lagi, syarikat penerbangan ini telah dimiliki dan dikendalikan oleh Malaysia Airlines Berhad. Ia merupakan sebahagian daripada Malaysia Aviation Group (MAG).
Sebagai ahli oneworld Alliance®, Malaysia Airlines menghubungkan korang ke 1000 destinasi dan lebih 170 negara dengan lancar selain dapat menikmati lebih 650 ruang lounge untuk beristirehat.
Yang pasti Malaysia Airlines ini, merupakan rakan kongsi syarikat penerbangan rasmi untuk Harimau Malaya dan JDT. Mantap!
Hospitaliti Malaysia bermula dengan Malaysia Airlines
‘Selamat Datang’ atau ‘Welcome’, adalah cara mereka mengalu-alukan kedatangan kita.
Malaysia Airlines merangkumi kepelbagaian Malaysia yang luar biasa seperti tradisi, budaya dan masakannya yang kaya melalui Hospitaliti Malaysia yang tiada tandingannya.
Sebelum tu korang tahu tak maksud Hospitaliti Malaysia tu apa? Sebenarnya ia adalah sebahagian daripada jenama Malaysia Airlines dan cara mereka memberi perkhidmatan dan layanan kepada semua tetamu mereka.
Antara 3 nilai korporat yang ditunjukkan oleh pihak mereka ialah :
1. Ikhlas
- Bersikap mesra, berbudi bahasa dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab individu dan dalam melayani tetamu mereka.
2. Cekap
- Komited untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan melayani tetamu dengan cara yang cekap dan tepat pada masanya.
3. Progresif
- Mempunyai minda dan hati yang terbuka dalam menerima perubahan dan inovasi untuk melayani satu sama lain dan tetamu mereka dengan lebih baik.
Berdasarkan dari video tersebut ia menampilkan sifat-sifat Hospitaliti Malaysia dan layanan daripada Malaysia Airlines sebagai sebuah syarikat penerbangan nasional.
Confirm korang akan berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh mereka.
Kita semua tahu Malaysia adalah sebuah negara dengan rakyatnya yang peramah, mesra dan sebagainya.
Sebagai sebuah syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines berasa bangga untuk membawa nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia ke serata dunia.
Hospitaliti Malaysia adalah sesuatu yang sudah sebati dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia dan bagaimana kita melayan sesama rakyat Malaysia dan tetamu ke negara kita.
‘This is Malaysian Hospitality’ adalah tentang bagaimana Hospitaliti Malaysia mentakrifkan mereka lebih daripada sekadar sebuah syarikat penerbangan tetapi sebagai satu penerbangan yang membawa imej negara kita.
Korang boleh klik sini untuk maklumat lanjut atau ke Youtube mereka untuk lebih banyak video berkaitan Hospitaliti Malaysia.
Haa…tunggu apa lagi, jom terbang dengan Malaysia Airlines dan alami sendiri layanan sebagai tetamu Malaysia Airlines.
Jom sama-sama mengambil inspirasi daripada Malaysia Airlines untuk kita praktikkan sebagai rakyat Malaysia, barulah ‘Malaysian Hospitality Begins With Us’
Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi Malaysia Airlines.