berita

Inginkan Tablet Secara Percuma? Ini Cara Mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia Khas Buat Pelajar IPT

September 8th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: NST

Seperti yang semua sedia maklum, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih telah melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar kategori B40 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Inisiatif ini diberikan bertujuan untuk memastikan pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutuan supaya dapat menjalankan pembelajaran secara atas talian.

Syarat kelayakan permohonan

Tarikh permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah dibuka bermula April lalu dan terdiri daripada dua fasa. Bagi Fasa Pertama, permohonan telah dilakukan bermula 15 April 2022 hingga 15 Mei 2022 manakala bagi Fasa Kedua pula, telah dibuka pada 1 Ogos 2022 hingga 30 September 2022.

Pemberian satu (1) unit peranti Samsung Galaxy Tab A8 LTE untuk pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Asasi, Diploma, Diploma Vokasional Malaysia, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;
  4. Pelajar Tingkatan Enam di bawah KPM (2 semester);
  5. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  6. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
  7. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.

Peranti diberi secara terus

Sekadar gambar hiasan

Inisiatif tersebut hanya melibatkan pemberian peranti/tablet tanpa pelan data internet. Apa yang menariknya, peranti yang diberikan secara automatik akan menjadi milik si penerima secara terus. Ya! Para pelajar tidak perlu memulangkan semula tablet tersebut meskipun sudah tamat pengajian. Tetapi penerima perlu bertanggungjawab ke atas peranti masing-masing dan ianya sama sekali tidak boleh dijual kepada mana-mana individu.

Para pelajar perlu melaporkan sekiranya ada sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet yang diterima di bawah inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

  • Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
  • Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
  • Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
  • Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Cara memohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Sekadar gambar hiasan

Pemaklumkan keputusan permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh disemak mulai 29 Ogos di laman sesawang PerantiSiswa Keluarga Malaysia iaitu https://perantisiswa.kkmm.gov.my/daftar-akaun. Untuk maklumkan, penyampaian PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi Fasa Pertama telah dilakukan bermula 1 Ogos lalu.

Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi Fasa Kedua masih dibuka sehingga 30 September 2022. Jadi kepada mereka yang masih belum membuat permohonan, anda boleh layari laman web berikut https://perantisiswa.kkmm.gov.my.

Sumber: PerantiSiswa Keluarga Malaysia

SKIP THIS AD ×