berita

Ingkar SOP Majlis Pernikahan, Neelofa & Keluarga Dikenakan Kompaun RM60k

April 27th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Susulan didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa majlis akad nikah, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa telah dikenakan kompaun. 

Artikel berkaitan: Polis Cadang Neelofa, PU Riz Dikenakan Kompaun

Artikel berkaitan:‘Saya Mohon Maaf Kurang Jaga Sensitiviti’ – Neelofa

Artikel berkaitan :Sudah Mohon Maaf, Netizen Tetap Nak Boikot Produk Neelofa?

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, menjelaskan keluarga berkenaan telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 berikutan kegagalan pihak mereka untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Neelofa dikompaun RM 20,000

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Bin Haji Abdullah, pihaknya akan mengeluarkan kompaun pada 27 April 2021. Difahamkan, Noor Neelofa telah dikompaun sebanyak RM 20,000 berikutan dua kesalahan yang dilakukan dan diskaun sama sekali tidak diberikan kepadanya.

Selaku penganjur telah gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial PKPB apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya (1) meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak Polis. 

Pu Riz dikenakan kompaun RM 10,000

Manakala suaminya Harris atau lebih mesra dikenali sebagai PU Riz telah dikenakan kompaun sebanyak RM 10,000 dan tiada diskaun sama sekali diberikan kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai.

Melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, memandangkan ada aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak Polis.

Tidak berakhir di situ, ahli keluarganya seramai 20 orang juga turut dikenakan kompaun sebanyak RM 1,500 seorang kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah itu berlangsung.

Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi

SKIP THIS AD ×