berita

Ini 3 Benda Mudah Yang Korang Boleh Buat Untuk Sapot Sesama Rakyat Waktu Pandemik Ni!

September 2nd, 2021 | by Syakilla Marzuki
Insiprasi

Jika dilihat, pandemik yang melanda negara sekarang bukan hanya menjejaskan mereka yang dijangkiti penyakit, tetapi ia turut menjejaskan semua orang. Walaupun ramai yang terpaksa menyerah pada situasi ini, tapi masih ramai lagi yang mampu bertahan dan memerlukan sokongan kita.

Sebagai rakyat prihatin, kita boleh menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Lagipun saat macam nilah kita sebagai rakyat Malaysia perlu berkerjasama dan menyokong antara satu sama lain, bagi meningkatkan semangat untuk terus maju!

Ha…ni admin nak kongsi cara yang korang boleh buat untuk sokong dan bantu sesama rakyat ketika pandemik ni..

1. Bantu untuk share perniagaan mereka

Macam yang korang semua tahu, peniaga kecil-kecilan lebih terkesan secara langsung ketika pandemik ni. Yelah.. mana nak tanggung kos yang besar lagi, nak cari mata pencarian lagi. Memang sesuatu yang sangat mencabar kan?

Jadi, apa yang korang boleh lakukan untuk bantu mereka? Mestilah dengan berbelanja atau membeli produk yang mereka jual. Dah guna atau makan? Share la di Facebook, Instagram, Twitter bagi lagi ramai tahu. Ha..dengan cara ini, mungkin sikit sebanyak dapat naikkan semangat mereka untuk berniaga.

2. Buat aktiviti kebajikan untuk bantu mereka yang memerlukan

Selain itu, korang juga boleh berganding bahu dalam membuat aktiviti kebajikan. Tak semestinya melalui badan kebajikan, korang boleh je buat secara individu. Contohnya macam beri keperluan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya.

Inisiatif ini mungkin nampak kecil bagi korang, tapi ia sangat bermakna bagi mereka yang sedang memerlukan.

3. Hantar makanan, bagi hadiah atau video call bersama!

Sama macam video muzik PETRONAS ni, korang mesti boleh relate situasi macam ni kan?

Ha..sempena Hari kebangsaan yang bakal tiba tak lama lagi, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menunjukkan sifat saling membantu dan meringankan beban sesama sendiri. Sebab harapan kita semuanya sama hanya nak melihat masa depan yang lebih baik buat semua.

Sama macam video muzik ‘Demi Cinta’ yang dihasilkan oleh PETRONAS ni. Korang mesti boleh relate punya. Dimana ia bertemakan tentang perjuangan bagi membebaskan Malaysia daripada cengkaman pandemik.

Video tersebut disampaikan dengan lirik lagu dan melodi yang penuh semangat serta mengetengahkan kisah empat watak utama daripada latar belakang hidup yang berbeza dalam waktu yang sukar ini. Tak kiralah dari agama, bangsa yang berlainan, kita mesti kena bersatu walau apa jua keadaan sekali pun.

Berpeluang dapat pek stiker, berduet bersama penyanyi & sertai cabaran instrumen melalui muzik video mereka!

Paling best, korang boleh mula untuk dapatkan pek stiker ‘Demi Cinta’ yang sangat comel ni untuk dikongsi dengan keluarga dan kawan-kawan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Dalam pek yang sama, korang juga boleh muat turun latar belakang Google Meet dan Zoom. Bila video call keluarga dan rakan-rakan nanti, boleh lah guna latar belakang yang baru! Senang je, korang boleh klik di sini untuk muat turun stiker, dan klik sini untuk dapatkan latar belakang.

Selain itu, korang juga berpeluang untuk berduet bersama penyanyi Vanessa Reynauld di Tiktok serta IG. Kalau video korang tu best, PETRONAS akan memilih dan menyiarkan semula duet terbaik korang nanti. Wow! 

Eh bukan tu saja, ada lagi! Korang boleh sertai cabaran instrumen yang dianjurkan juga di Tiktok dan IG, dimana korang digalakkan untuk mencuba dan menggunakan alat instrumen yang korang tahu untuk dimainkan bersama dalam web filem PETRONAS. 

Mana tau dengan inisiatif ini dapat bantu kita untuk saling bersatu dan bergerak kehadapan dalam membantu sesama rakyat. Nak tau lebih lanjut, korang layari laman web PETRONAS atau pun melalui Facebook dan Instagram mereka!

#PETRONAS #PETRONASMMD2021 #DemiCinta #StoriesOfJoy #NationalDay #MalaysiaDay

SKIP THIS AD ×