berita

Ini 3 Filem & Drama Thriller Wajib Tonton Bersama Keluarga Sepanjang Cuti Akhir Persekolahan!

January 26th, 2024 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Tak tahu nak buat apa semasa cuti akhir persekolahan yang akan bermula 10 Februari 2024 nanti?

Apa kata korang bonding time dengan anak-anak dengan menonton drama-drama Korea yang tengah “in” sekarang ni.

Drama-drama yang min maksudkan tak lain, tak bukan Rebel Moon, Gyeongseong Creature & Sweet Home S2.

Ketiga-tiga drama ini memiliki genre yang berbeza dan ketiga-tiganya menjanjikan kepuasan yang berbeza. Tak percaya? Meh min kongsi sikit sinopsis ketiga-tiga drama ini.

1. Moon Rebel Part One: A Child of Fire

Apabila kuasa kejam MotherWorld mengancam sebuah perkampungan pertanian yang tenang di sebuah galaksi suasana menjadi huru-hara.

Kemunculan seorang wira dinanti-nantikan untuk menyelamatkan mereka.

Siapakah wira yang dimaksudkan? Itu korang kena la tonton sendiri!

2. Gyeongseong Creature Part 1 & Part 2

Gyeongseong Creature adalah drama thriller yang digambarkan terjadi sekitar tahun 1945.

Drama ini berkisar tentang orang-orang dewasa/muda yang akan bertarung melawan pelbagai makhluk jahat & mengerikan yang lahir daripada sikap tamak manusia.

Filem yang yang dilakonkan oleh Park Seo Joon dan Han Seo Hee ini padat dengan aksi dan pengajaran.

Nak tahu lebih lanjut? Tonton filem di Netflix sekarang.

3. The Brothers Sun

Charles Sun, seorang samseng Taipei yang terpaksa ke L.A. untuk melindungi ibu dan adik lelakinya selepas bapanya ditembak oleh pembunuh misterius.

Walau bagaimanapun, adiknya Bruce tidak mengetahui tentang profesion keluarganya selaku ketua samseng paling terkenal di Taipei.

Dapatkah Bruce menerima kenyataan bahawa abang dan ayahnya merupakan penjenayah terkenal Taipei? Apakah nasib mereka sekeluarga?

Saksikan drama bersiri 8 episod arahan Kevin Tancharoen yang padat dengan konflik dan aksi.

Serius best. Min recommend!

Tonton di Netflix je!

In case, korang tak tahu dekat mana nak tonton kesemua filem dan drama ini, korang boleh tonton di Netflix.

Lagipun, sekarang dengan pelan jalur lebar Unifi korang hanya perlu bayar serendah RM139 sebulan untuk internet berkelajuan 300Mbps bersama-sama langganan Netflix.  Murahkan?

Bukan itu sahaja, korang juga boleh upgrade pelan tersebut kepada pelan standard ataupun premium mengikut bajet korang hanya dalam 1 bil.

Layari laman web Unifi untuk maklumat lanjut!

 

 

SKIP THIS AD ×