berita

Ini 3 Sebab Kenapa Kolej TVET Berjaya Antara Yang Terbaik Untuk Melanjutkan Pelajaran

September 20th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kian mendapat tempat di hati pelajar berikutan peningkatan permintaan pekerja berkemahiran teknikal yang berkualiti.

Di Malaysia sendiri, terdapat pelbagai Institusi yang mengetengahkan TVET, antara yang terbaik adalah Kolej TVET Berjaya yang fokus kepada pembelajaran berkesan berorientasikan praktikal.

3 faktor utama Kolej TVET Berjaya menjadi pilihan pelajar

1. Tawar 4 pilihan pengajian mengikut minat pelajar

Fokus utama Kolej TVET Berjaya adalah untuk melahirkan pelajar yang bersedia memenuhi keperluan industri dengan mendedahkan mereka kepada permintaan industri sebenar melalui pengalaman langsung dalam pengajian.

Antara pilihan kursus yang ditawarkan:

  • Pengajian Pengurusan dan Teknologi
  • Pengajian Seni Kulinari
  • Pengajian Asasi
  • Pengajian Kecemerlangan Profesional

Setiap program yang ditawarkan adalah berlandaskan Piawaian Kemahiran Pekerjaan Vokasional dalaman dan luaran yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Kualiti pengajaran dan pembelajaran di sini juga dijamin oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), City & Guilds (UK) dan Pendidikan NCC (UK).

2. Pelan bantuan kewangan yang tersedia

Bila sebut tentang sambung pelajaran, pasti ramai yang bimbangkan pembiayaan kos penuh yang mencecah ribuan ringgit.

Namun, di Kolej TVET Berjaya pelajar tidak perlu risau kerana mereka boleh memilih untuk memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ataupun dapatkan Geran Dermasiswa mengikut kelayakan mereka.

Syarat kelayakan seperti tertera di laman PTPK

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendaftar untuk  Program Sepenuh Masa SKM
  3. Jumlah pendapatan isi rumah  tidak boleh melebihi RM8,000  sebulan
  4. Pemohon  TIDAK  boleh menerima sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana agensi/agensi lain
  5. Pemohon hanya layak menerima pinjaman sekiranya borang dan dokumen sokongan diisi mengikut keperluan PTPK.
  6. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk Geran Dermasiswa pula, pelajar boleh klik di SINI bagi mendapatkan maklumat lanjut.

3. Testimoni

Salah seorang bekas pelajar Kolej TVET Berjaya, Farrina binti Thajudeen menyifatkan kejayaan terbesarnya adalah apabila berjaya memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuatan Pastri, City & Guild pastry sebelum melanjutkan pelajaran ke Diploma dalam seni pastri dan Sarjana Muda dalam seni kulinari.

Lebih membanggakan lagi beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di perinkat MBA di Berjaya University College pula.

Berjaya TVET telah memberi pendedahan yang luas kepada saya dari pelbagai aspek sepanjang pengajian saya. Tenaga pengajar di Berjaya TVET terdiri daripada pensyarah – pensyarah yang mempunyai pengalaman luas dalam industri.

“Selain itu, kemudahan pembelajaran yang terdapat di sini merupakan kelengkapan terkini yang bersesuaian dengan kehendak industri.

“Program SKM yang ditawarkan oleh Berjaya TVET telah membuka peluang kepada saya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.” Ujar Farrina .

Tambahnya lagi, Berjaya TVET juga memberi tumpuan kepada penyediaan kemahiran praktikal dan latihan praktikal dalam perniagaan atau industri tertentu untuk membolehkan pelajar mendapat kelebihan kompetitif di pasaran kerja nanti.

Program Berjaya TVET turut direka selaras dengan keperluan industri bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan.

“Merekalah yang telah membuka mata saya untuk mecapai impian supaya saya dapat memiliki café sendiri kelak. Tanpa mereka, saya tidak fikir saya akan berjaya sejauh ini. Saya sangat berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah saya di Berjaya TVET kerana mengajar saya” – Farrina.

Jika kamu berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kolej TVET Berjaya kamu boleh layari laman web rasmi mereka di https://berjayatvet.edu.my/ atau ke laman Facebook mereka di SINI.

SKIP THIS AD ×