berita

Ini 5 Benda Wajib Yang Perlu Ada Dalam List Skincare Korang Supaya Muka Nampak Flawless!

November 27th, 2020 | by Syakilla Marzuki
Kecantikan

Memiliki kulit yang sihat dan cantik dah tentunya menjadi impian setiap wanita. Tetapi semuanya bergantung kepada cara penjagaan korang tu sendiri. Yelah, kalau ada antara korang yang mempunyai masalah jerawat, kulit kusam dan sebagainya tu mesti agak struggle nak pulih kan?

Kadang-kadang produk yang korang pakai tu tak semestinya sesuai pun dengan kulit muka korang. Mesti banyak dah langkah yang korang buat tapi masih lagi sama.

Haa..kali ni admin nak kongsikan apa yang perlu ada dalam produk yang korang pakai tu, bagi menghilangkan segala jerawat dan cela yang ada di muka!

1. Pembersih berasaskan asid salisilik

Asid salisilik berfungsi sebagai exfoliant, ia dapat membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan lebih berkesan. Asid salisilik juga dapat merawat jerawat kerana keupayaannya menembusi folikel.

Ia menggalakkan penyingkiran sel-sel kulit mati dari dalam folikel serta membantu menjaga pori-pori yang jelas. Itu adalah langkah pertama untuk mencegah jerawat muncul di muka korang lagi.

2. Pelindung matahari

Kalau korang nak tahu, produk yang mempunyai pelindung matahari juga adalah sangat penting bagi membantu meratakan warna kulit yang berbelang akibat hiperpigmentasi. Penggunaan sunscreen ini sangat bermanfaat bagi mencegah timbulnya jerawat dan kerosakan kulit seperti kusam dan flek hitam. 

Selain itu, pelindung matahari ni memiliki faktor perlindungan matahari minimal SPF 30 untuk mencegah tanning atau penggelapan pada kulit korang tau!

3. Serum rawatan juga perlu

Serum rawatan sangat baik bagi yang ada masalah kulit tertentu. Terdapat pelbagai jenis serum di pasaran, contohnya, serum muka untuk antipenuaan, jeragat, bintik-bintik hitam, kulit kering, kulit berminyak atau kulit berjerawat.

Ia mensasarkan keperluan tertentu dan korang dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat. Kalau boleh, carilah serum yang mengandungi bahan seperti vitamin C untuk membantu mencerahkan kulit serta molekul vitamin yang membolehkan serum diserap dengan mudah ke dalam kulit.

4. Gunakan moisturizer

Pernah tak rasa kulit muka korang kering, tegang dan gatal-gatal? Lepas tu, ada yang tegur kulit muka nampak kusam dan tona tak sekata. Haa.. tu maksudnya kulit muka korang kekurangan air!

Jadi dengan menggunakan pelembab muka, ia akan membantu merawat kulit, antipenuaan, elakkan daripada dehidrasi pada kulit wajah dan membuatkan wajah nampak bersinar. Pelembap juga membantu untuk mengekalkan kulit sihat dan mengekalkan keanjalan yang semakin hilang apabila umur semakin meningkat.

5. Jangan lupa skrub muka!

Eh ada lagi ni… Proses rawatan skrub muka pun penting tau dimana ia dapat membantu kulit korang untuk menyingkirkan semua sel kulit mati dari luar dan sekali gus memastikan kotoran lain yang mungkin tersumbat pada liang pori juga.

Proses scrubbing yang menggunakan kaedah menggosok dan urutan ni dipercayai dapat merangsang aliran darah serta dapat mempercepatkan proses penjanaan sel baru, sekaligus menjadikan kulit korang lebih berseri dan sihat!

Tampak lebih berseri dan tanpa cela dengan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum!

Haa! kalau korang nak kelihatan lebih cantik berseri dan meningkatkan keyakinan diri, korang guna je Nanowhite Dark Spot Serum! Banyak tau kelebihan serum ni, antaranya adalah dapat menghilangkan parut jerawat, bintik-bintik gelap, dan pigmentasi.

Ia diperkaya dengan tiga pencerah kuat yang menembusi jauh ke dalam kulit korang untuk membantu memudarkan bintik-bintik gelap, mengurangkan bekas jerawat, dan meratakan warna kulit hanya dalam 2 minggu. Wow, bestnya!

Pelbagai khasiat dan kebaikan Nanowhite, dapatkannya sekarang!

Pelbagai khasiat dan kebaikan yang terkandung dalam Nanowhite Dark Spot Corrective Serum ni. Antaranya adalah:

  1. Diformulasikan dengan Nanoteknologi yang dapat meresap ke lapisan kulit yang lebih dalam
  2. Omega White C yang mencerahkan kulit dari dalam 
  3. Lumilite yang menghentikan pembentukan melanin yang menghasilkan bintik-bintik gelap

Untuk pengetahuan korang, dalam tinjauan yang dilakukan dengan wanita Malaysia melalui Home Tester Club, sebanyak 94% pengguna bersetuju bahawa mereka mempunyai warna kulit yang lebih cerah dan sekata.

Selain itu, mereka juga berasa lebih yakin dengan kulit mereka setelah menggunakan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum ni. Haa..kalau korang taknak terlepas dan nak tahu lebih lanjut, cepat-cepat dapatkan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum ni di laman web Nanowhite sekarang!

Jangan lupa ajak dengan rakan dan keluarga korang tau untuk cuba sekali, baru lah boleh flawless sama-sama! 

SKIP THIS AD ×