Time PKP ni, memang rasa malas nak ambil tahu mengenai penjagaan diri kan? Sedar-sedar rambut dah kusam dan tak berkilat. Jangan macamtu, korang kena pastikan rambut kekal menawan walaupun berada di rumah. Kalau dah rosak teruk nanti susah nak betulkan tau!
Yang paling best, korang boleh guna bahan semulajadi je. Macam mak-mak kita buat dulu. Orang kata cara penjagaan peribadi orang dulu-dulu ni memang berkesan! Dari kepala sehinggalah ke kaki, ada je tips-tips luar biasa yang mereka gunakan untuk kekal berseri. Antara yang paling famous digunakan mestilah kelopak bunga!
Korang pernah tak mandi dalam mandian kelopak bunga? Rasa fresh je kan? Ha kalau korang nak tahu, bukan itu sahaja tapi ada macam-macam lagi kegunaannya. Yang point akhir tu paling ramai tak tahu!
Menaikkan seri wajah! Glowing la lepas ni!
Yang dah berkahwin mesti korang dah pernah dengar pasal ni kan? Sebab kebanyakan mak andam akan menasihatkan bakal pengantin untuk guna kelopak bunga ros supaya wajah mereka jadi lebih berseri dihari persandingan! Caranya agak pelik tapi ianya diakata menjadi tau.
Si pengantin perlu memakan kelopak bunga ros (yang telah dibasuh) selama 44 hari sebelum bersanding! Itu sahaja! Dan nantikan muka korang mesti glowing habis nanti masa hari pernikahan tu.
Melembabkan kulit
Kelopak bunga mawar pula dikatakan boleh membantu masalah kulit kering, iritasi dan juga masalah jerawat. Ini kerana ia mempunyai pelembap semula jadi yang boleh bantu kulit korang untuk jadi lebih lembap.
Hanya rendam je kelopak bunga mawar tu dalam air, kemudian ambil airnya dan masukkan dalam botol semburan untuk dijadikan face mist! Simpan dalam peti sejuk untuk pastikan ianya sentiasa segar!
Mandi bunga+limau purut boleh segarkan badan!
Paling famous mestilah mandian bunga! Ramai yang dah try dah ia terbukti berkesan kan? Terus rasa segar je lepas mandi tu. Paling best sebab korang boleh letak macam-macam jenis bunga dalam mandian tu atau nak guna hanya satu jenis bunga pun boleh. Bunga yang sering menjadi pilihan mestilah bunga ros kan?
Caranya, korang beli je kelopak bunga, letakkan dalam air dan campurkan dengan hirisan limau purut. Biarkan semalaman dan mandi keesokkan paginya.
Pudarkan lingkaran gelap mata
Lingkaran gelap bawah mata ni buat korang hilang keyakinan diri? Jangan risau, ada cara mudah untuk korang buat.
Ambil kapas, celupkan dalam air mawar kemudian korang letak dekat mata Pastikan korang dalam keadaan baring ketika itu. Kemudian relax je dan tunggu beberapa minit. Lagi kerap korang buat lagi cepat lingkaran tu hilang!
Jadikan rambut korang lebih lembab dan kulit kepala pula kurang berminyak!
Ini tips paling rare! Jarang-jarang orang dengar yang kelopak bunga boleh merawat rambut! Caranya hanya tumbuk kelopak bunga ros hingga lumat dan campurkan dengan setengah cawan air asam jawa dan sedikit perahan lemon. Gaul sebati dan kemudian korang lumurkan je dekat kepala! Biarkan selama 20-30 minit, kemudian bilas!
Nak cara lagi mudah untuk gunakan kelopak bunga? Cuba shampoo pertama yang ada kelopak bunga dari Dove ni!
Ha..kebanyakkan tips ni mesti korang dah try kan? Tapi nak dapatkan kelopak bunga pun leceh jugak! Korang beli je Dove Botanical Selection ni!
Syampu ni merupakan syampu pertama yang ada kepingan kelopak bunga tau! Comelnya! Rasa macam puteri bila mandi!
Boleh lah level-up korang punya sesi manjakan diri dekat rumah! Alang-alang dah tabur bunga untuk mandian ros tu, lagi complete kalau korang guna shampoo yang ada kepingan bunga juga.
Bukan badan je fresh tapi kulit kepala korang pun dah tak gatal, tidak berminyak dan rambut akan lebih bersinar lepas guna shampoo Dove baru ni.
Dove Botanical Selection ni mengandungi 100% Minyak Botanikal & lain-lain khasiat yang rambut korang perlukan!
Tak payah korang susah-susah fikir nak kena tumbuk kelopak bungalah, nak cari minyak atau nak cari bahan-bahan lain sebab satu botol dah lengkap semuanya!
Paling best sebab ia menggunakan bahan semula jadi dan sekaligus melembabkan rambut korang supaya kekal menawan dan harum! Mood korang pun mesti terus bertukar jadi lebih ceria.
Antara bahan asli yang digunakan ialah minyak botanikal yang 100% asli tau. Menggunakan minyak botanical dekat rambut boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut, menguatkan akar lantas membuatkan rambut korang lagi mudah untuk diurus. Dan extra point, rambut korang juga akan lebih berkilat! Sama macam dalam iklan shampoo tu!
Shampoo Dove Botanical Series ni juga bebas paraben dan silikon!
Bagi yang tak tahu, ni bukan perkara remeh tau. Paraben ni dikatakan bertindak sebagai agen pelembap untuk rambut tetapi ia sebenarnya ia merupakan bahan pengawet yang digunakan untuk mengelakkan pembiakan bakteria dalam sesuatu produk tersebut.
Manakala silikon pula, boleh menyebabkan rambut kita mudah patah dan warna akan lebih pudar. Shampoo yang mempunyai silikon juga boleh buat rambut korang lebih kering dan kusut. Jadi, korang kena elakkan shampoo yang ada kedua-dua bahan ni kalau nak rambut korang kekal sihat!
Terdapat dua pilihan iaitu Pink Moroccan Rose & White Tea Blossom yang korang boleh pilih iaitu:
Dove Botanical Selection: Pink Moroccan Rose
Selain dari dilengkapi dengan 100% pati minyak ros dan juga ekstrak ros asli dan bebas sillikon dan paraben ia juga dilengkapi dengan kepingan bunga yang ros yang boleh dilarutkan. Kalau korang mempunyai masalah rambut rosak dan kering, Pink Moroccan Rose ni merupakan pilihan paling tepat untuk korang!
Dove Botanical Selection: White Tea Blossom
Dilengkapi dengan minyak Cedarwood dan juga ekstrak White Tea asli, variasi ini memang paling ngam untuk korang yang ada masalah kulit kepala berminyak lagi-lagi yang bertudung! Ia boleh melembapkan dan juga memperbaiki rambut korang sekaligus!
Masalah rambut berminyak ini juga sering dihadapi oleh wanita bertudung kerana pemakaian tudung yang berjam lamanya boleh membuatkan kulit kepala korang tidak bernafas lantas membuatkan kulit kepala korang berminyak! Jadi pemilihan syampoo yang betul amatlah penting untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.
Satu berbau fruity satu lagi berbau floral-floral gitu. Mana satu yang korang lebih suka?
Dua-dua pun wangi! Confirm lepas mandi korang asyik nak bau rambut je. Rasa macam baru keluar spa! Untuk korang yang sukakan bau-bau sweet fruity, korang boleh pilih Pink Moroccan Rose!
Tapi kalau korang suka bau floral, korang boleh pilih variasi White Tea Blossom ni. Baru bau dari botol korang dah tahu betapa harumnya rambut korang bila guna shampoo ni nanti.
Korang boleh dapatkan syampu dan conditioner Dove Botanical Selection White Tea Blossom & Pink Moroccan Rose ni di mana-mana outlet Guardian berhampiran atau beli di laman online Guardian dekat SINI!