berita

Ini 5 Langganan Bulanan Paling Popular, Yang Mana Satu Korang Ada?

August 28th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Bila sebut tentang langganan bulanan mesti ada beberapa langganan yang korang auto terfikir kan? Sebab inilah benda yang korang biasa bayar tiap-tiap bulan secara konsisten.

Langganan bulanan untuk macam macam benda memang popular di kalangan rakyat Malaysia sebab ia secara tidak langsung boleh membantu kita berjimat sekaligus memudahkan kehidupan seharian.

1. Pas perjalanan tanpa had

Kredit foto: The Sun Daily

Ini favourite min, pas perjalanan seperti MY50 untuk kesemua pengangkutan Rapid KL benar-benar membantu kita untuk jimat banyak dari segi perbelanjaan harian.

Lagipun, naik pengangkutan awam sangat mudah tau sebab tak perlu nak fikir bayar parking dan tol. Memang bes! :)

2. Storan penyimpanan

Sedar atau tidak, storan penyimpanan awan seperti Icloud dan Google Drive dah jadi satu keperluan dalam kalangan orang ramai.

Lagi-lagi bila telefon korang tak ada storan penyimpanan yang besar. Haa.. Kenalah korang fikirkan alternatif nak simpan gambar dengan video korang yang beribu-ribu tu kan? Jadi storan penyimpanan tambahan ini boleh dikatakan memang penyelamat jugalah.

3. Keahlian gim

Abang-abang sado mesti paling boleh relate kan? Tapi sebenarnya langganan gim bukanlah untuk mereka yang nak bina badan je. Ramai juga yang memilih untuk melanggan gim secara tetap demi menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Bagus lah guys and girls, jaga kesihatan tu memang penting tau. Bukan asyik makan je xD.

4. Pakej hiburan dan prabayar

Hiburan ini merangkumi Netflix, Disney+ hotstar, Spotifty, Apple music dan sebagainya. Min tahu inilah langganan paling popular selain pascabayar telefon.

Sebab tanpa pakej hiburan dan pascabayar telefon siapa lah kita? Cewah.. Lagi-lagi sebab dua benda ini selalunya ditawarkan dalam pelbagai pakej khas untuk dikongsi bersama keluarga menjadikan ia pelan langganan yang tak begitu membebankan.

5. Insurans

Dengar cakap min, INI ADALAH LANGGANAN YANG PALING PENTING!

Kenapa? Sebab malang itu tidak berbau geng, jika masuk hospital atau ditimpa perkara yang tak diingini tanpa perlindungan insurans ia akan menjadi satu beban yang berat.

Seperti mana korang rasa pelan langganan hiburan korang adalah penting setiap bulan, perlindungan insurans adalah lebih penting! Jangan sakan bayar pelan langganan lain sampai korang ketepikan apa yang penting tau.

Langganan insurans kini semudah pilih movie untuk ditonton!

Min faham kadang-kadang ada yang rasa “Ala belum sakit lagi buat apa ambik insurans?” atau “Susahlah nak ambik insurans ini banyak hal nak kena faham… Tak tahulah nak mula dari mana”

Buat korang yang rasa buntu tentang hal insurans, jangan risau! Min ada cadangan, AIA Malaysia kini memperkenalkan laman web dengan konsep interaktif ala-ala laman penstriman.

Haa.. Selalu korang pilih movie di laman penstriman berdasarkan thumbnail, tajuk dan sinopsis kan?

Macam itu lah juga korang boleh pilih pelan insurans dan tawaran yang bersesuaian dengan keperluan korang di laman web AIA Malaysia.

Korang suka aktiviti lasak? Nak plan untuk melancong? Nak lindungi seluruh keluarga? Semua ini dan banyak lagi pelan menarik menanti korang.

Gerenti mudah untuk korang pilih, min sendiri jadi excited nak tambah pelan insurans min sebab rupa-rupanya ada macam-macam jenis perlindungan yang boleh memenuhi keperluan berlainan min.

AIA bersama Datuk Nicol David mahu tingkatkan kesejahteraan holistik rakyat Malaysia

Datuk Nicol David adalah nama yang tidak asing lagi, meskipun telah bersara dari skuasy namun beliau terus kekal aktif dalam kehidupan harian dan fokus untuk memberi inspirasi buat orang ramai jalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

Kalau korang dah sedia, jom mula pilih pelan perlindungan yang sesuai dengan kehidupan harian korang di www.aia.com.my/livewithvitality.

SKIP THIS AD ×