berita

Ini 5 Teknologi Pembelajaran Yang Lebih Extra Masa Kini! No.5 Tu Paling Power!

August 20th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Semakin maju negara semakin maju lah teknologinya. Setiap negara didunia ni berlumba-lumba untuk mengeluarkan teknologi yang terbaik untuk digunapakai dalam semua bidang. Bidang pendidikan tidak terkecuali! Korang tahu tak sekarang ni dekat sekolah atau Universiti tidak sekadar pakai buku dan drawing block je tau.

Tapi ada macam-macam teknologi menarik! Jom tengok apa yang ada. 

Gamification


Gamification merupakan antara teknologi pembelajaran yang menarik! Sambil bermain, sambil belajar. Menerusi website khas, para pelajar boleh mendapatkan klu dengan menjawab beberapa soalan mengenai subjek tersebut. Mereka juga boleh imbas di tempat yang betul juga akan membawa mereka ke video lain atau lebih klu! Lepas tu para pelajar akan sama-sama merungkai misteri tersebut.

Melalui gamification ini, pelajar boleh belajar cara untuk berkomunikasi dan bekerja di dalam satu kumpulan.

Interactive online tools

Bila sebut je sistem pembelajaran interaktif atas talian atau Interactive online tools je mesti korang ingat ianya akan terhad kepada kuiz dan zoom atau google meet sahaja kan? Ha salah tu. Korang tau tak pembelajaran interaktif ni ada sangat luas! Antaranya ialah:

  • E-Library
  • E-Forum
  • E-Submission

Bukan itu sahaja, ada juga Lightboard Recording Studio dimana pensyarah boleh mengajar menggunakan interactive clear whiteboard yang akan snap setiap penulisan atau carta yang dilukis atau ditulis atas board tersebut. Best kan? Tak payah korang kelam kabut nak salin nota!

Simulasi

Bagi yang tak tahu, simulasi ni merupakan suatu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai situasi sebenar. Direka sebijik tetapi dalam bentuk yang lebih mudah atau diringkaskan supaya para pelajar boleh lihat dengan lebih jelas lantas menyelesaikan masalah tersebut.

Selalu kalau korang tengok drama homisid macam CSI, simulasi ni selalu digunakan untuk melihat macam mana jenayah tersebut berlaku dan kebarangkalian yang terjadi.

Untuk pembelajaran pula, contoh terdekat ialah Virtual Lab simulation. Menerusi Virtual Lab Simulation ni, pelajar boleh mengadakan sesi praktikal di dalam makmal dengan sendiri!

Live video streaming

Sistem live video streaming ni antara teknologi yang digunapakai secara meluas ketika dunia menghadapi pandemik. Para tenaga pendidik menggunakan live video streaming sebagai alat untuk mengajar pelajar mereka walaupun berada di rumah!

Menariknya live video streaming ni ialah, tidak kira di benua mana pun korang berada, korang boleh join sesi pembelajaran tersebut dengan syarat korang mempunyai internet yang kukuh.

Vortex XR (Extended Reality)

Alat pembelajaran yang paling terkini mestilah Vortex XR ni! Vortex XR ni membolehkan para pelajar untuk merasai sendiri pelbagai pengalaman seperti kimpalan dan kerja kayu, berkayak di Antartika dan menghadiri simulasi mahkamah semuanya secara maya sahaja!

Dengan teknologi imersif sehebat ini, Vortex XR ni semestinya memberi pengalaman tambahan dalam realiti terimbuh (AR), maya (VR) dan lanjutan (XR) kepada para pelajar, selaras dengan permintaan pasaran kerja XR masa kini.

Paling best dekat Malaysia ada satu universiti yang menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran mereka, iaitu Taylor’s University!!

Sebanyak RM1 juta di dilaburkan dalam makmal VORTEX XR untuk memudahkan pembelajaran dan pendidikan di Taylor’s University!

Menurut Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor’s University, Profesor Dr Pradeep Nair, pelajar tidak lagi berpuas hati dengan hanya muat turun maklumat dan duduk dalam kelas selama berjam-jam. Mereka lebih berpuas hati jika mereka dapat melihat, merasa, menyentuh, dan mengalami sendiri pengalaman itu.

“Dengan VORTEX, semua pelajar di seluruh universiti dan kolej akan didedahkan kepada sesuatu bentuk teknologi yang mengasyikkan. Ini adalah sebahagian daripada perjalanan universiti ini dalam membuat transformasi kepada kurikulum dan pedagogi kami untuk menggabungkan kemahiran teknologi dan modul ke dalam ijazah sarjana muda kami, bagi menyediakan graduan kami untuk pekerjaan di masa hadapan.”- tambah beliau lagi. 

Semua kemudahan dalam makmal VORTEX XR disediakan untuk menyokong semua Fakulti, daripada hospitaliti hingga senibina, hinggalah kepada perubatan serta seni kulinari dari segi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Vortex XR ni juga dilengkapi dengan Studio Skrin Hijau, aplikasi XR dan pentas LED yang dikuasakan oleh Zero Density!

Bukan itu sahaja, bagi memastikan pelajar mereka dapat semua yang mereka perlukan, Vortex XR di Taylor’s ni juga dilengkapi dengan bilik-bilik Realiti Campuran yang Mengasyikkan, Pameran VR yang dipasang di kepala dikuasakan oleh Meta Quest dan HTC.

VORTEX XR Lab juga  bekerjasama dengan beberapa rakan industri seperti Ministry XR berkenaan penggunaan Teknik Mengasyikkan dan Broadcast Elements yang ditugaskan untuk integrasi siap guna, latihan dan pengeluaran produk berkaitan XR.

Makmal itu menggunakan ekosistem realiti Zero Density untuk mewujudkan rendering tepat masa 3D secara tidak berkelim tentang persekitaran maya yang melibatkan interaksi AR dan MR bagi pengajaran, persembahan, persidangan, acara, webinar, dan penyelidikan.

Taylor’s adalah universiti pertama di Malaysia yang menjadi sebahagian daripada Program Rakan Pendidikan Zero Density bagi latihan dan pensijilan, dan memegang lesen komersial untuk mengeluarkan video XR yang boleh menjana wang,” kata Dr Charles Sharma Naidu, Pengarah VORTEX XR Lab dan Pensyarah Kanan di The Design School, Taylor’s University. 

Makmal tersebut juga berfungsi sebagai Pusat Inkubasi XR yang dibahagikan kepada tiga komponen!

Komponen tersebut ialah:

  • Perkhidmatan XR yang menyediakan sokongan teknikal dan latihan bagi akademik
  • Tindakan XR yang memudahkan projek XR dan juga mencari dana bagi produk XR, serta pengkomersialan
  • Sokongan dan Penyelidikan XR yang melakukan penyelidikan dan kesedaran berkaitan teknologi XR.

Makmal VORTEX XR ialah ruang eksperimen yang selaras dengan ekosistem Taylor’sphere yang menglengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengalaman yang betul untuk menangani masalah dunia sebenar dan menghadapi masa depan.

Sebagai langkah pertama dalam peranannya membangunkan negara, VORTEX XR Lab telah menandatangani perjanjian dengan Kampung Digital Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), bagi meningkatkan kesedaran dan mempromosi teknologi XR di Sarawak

Untungnya pelajar-pelajar Taylor’s ni! Sumber dan keupayaan yang ditawarkan Universiti ini kepada pelajarnya tidak dapat ditandingi. Semuanya power dan mencukupi! 

Kalau korang berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Vortex XR ni, korang boleh terus ke laman sesawang Taylor’s University ni dekat SINI!

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×