Bukan senang untuk mencari kawan yang sekepala dengan kita, betul tak? Tambah-tambah lagi kawan yang akan setia dengan kita tak kira lah susah ke senang. Mana tak nya, zaman sekarang ini kita hanya akan jumpa kawan yang ‘sementara’ je.
Kalau dapat kawan yang kelakar, sentiasa ada ‘joke’ yang tersendiri bila korang jumpa dia memang tak kering gusi pun best jugak tau sebenarnya. Kalau korang moody ke apa, adalah hiburan sikit. Admin nak kongsikan sikit tentang ciri-ciri kawan yang layak untuk dipanggil “Real Bro” – confirm kawan sampai mati punyalah!
1. Berkongsi minat yang sama
Ini perkara yang akan membuktikan bahawa korang ini memang sahabat baik. Bila korang perasan yang korang semua berkongsi minat dan hobi yang sama contohnya – setiap pagi mesti kena work-out dulu sebelum masuk kerja, sign up dekat gym yang sama, boleh kongsi game PS4 sebab minat game yang sama, boleh advise satu sama lain tentang perkara yang perlu dan tak perlu dibuat bila pergi first date. Ha ini penting ya! Hihihi
2. Gossip pasal benda paling bodoh
Kalau dah seharian sibuk bekerja tapi korang jenis yang tak sah kalau tak jumpa kawan korang, dapat gossip kejap sambil minum teh o ais kat mamak pun dah memadai. Haha asalkan dapat tengok batang hidung bestfriend korang. Mana tahu ada cerita terbaru yang dorang nak share.
Lelaki pun ada topik yang sering dibincangkan contohnya bila mereka nampak seseorang yang tidak dikenali tapi boleh borak dan dijadikan topik yang kelakar. Ada juga yang cakap pasal cara perempuan make-up. Oh ya, lelaki yang jenis ‘busy body’ hal orang lain pun ada tau, sibuk nak tahu samada mereka masih ‘couple’ ke dah ‘clash’ ke. Adoi, lawak habis weh! Hahahaha mesti korang ada kawan macam ini kan?
3. Masa birthday member, prank dia habis-habis!
Biasanya lelaki ni caranya memang ‘hardcore’ sikit untuk buat surprise birthday member. Tak ada nya nak letak belon, lilin bagai. Kalau ada semua benda itu, mesti ada udang dalam mee. Yang paling biasa kena pun baling tepung la, tapi bukan itu sahaja tau sekali dengan telur dicampur. Baru macam kek sikit member tu kan? Haha, kadang-kadang tu sampai kereta member kena wrap! Kahkah. Tapi itu tandanya korang memang BFF! Tak takut untuk buat apa sahaja dengan kawan baik korang. Nama pun Brooo!
4. Betting dengan member untuk dapatkan nombor telefon perempuan
Biasanya kalau member kita ada ‘crush’ iaitu seseorang yang dia suka sangat tapi masih tak dapat nak ‘try ayat’ disebabkan tak confident, korang ‘bet’ dengan member korang. Kalau dapat nombor perempuan tu, korang akan belanja dia lunch selama seminggu! Siapa tak nak weh. Haha dari tak ada confident terus berkobar-kobar semangat!
5. Plan percutian dengan member. Baru boleh luangkan masa yang lebih dengan mereka!
Selalunya kita akan tengok perempuan je yang pergi bercuti dengan ‘girlfriends’ dorang kan? Tapi jangan ingat lelaki tak boleh buat ye! Lelaki pun boleh pergi bercuti dengan kawan-kawan dorang. Ala-ala boys-day-out gitu!
Kalau korang dah terlalu sibuk sangat dengan kolej, kerja atau keluarga masing-masing, plan lah untuk pergi bercuti dengan kawan-kawan baik korang. Tak lama pun, 3 hari 2 malam pun sudah memadai untuk korang luangkan masa dengan aktiviti yang lebih menarik.
6. Alamak, bau badan member korang lain macam! Kena tegur ni weh
Halamaaaaaak! BFF, BFF juga tapi kalau dah satu badan berbau ni masalah beb.. Nak tegur takut terasa? Ha kalau betul korang ‘kawan sampai mati’ dan korang memang boleh dipanggil ‘Real Bro‘, cuba korang tegur bila badan kawan korang berbau. Amacam? Ada berani? Come on la, korang boleh jadi life saver tau. Sebelum awek-awek bau, baik korang tegur dulu!
Tak pun, korang bagi dia Nivea Men Body Spray Deodorizer ini! Confirm wangi sampai esok!
Nivea Men Body Deodorizer ini terbukti akan melindungi anda dari segala bau yang tidak diingini dan juga berkesan selama 48 jam dengan aroma yang pastinya sangat segar dan maskulin. Nak tahu apa lagi yang menarik tentang produk ini?
- Spray badan pertama
- Perlindungan anti-bakteria
- Wangian maskulin sepanjang hari
- Kesegaran rasa sepanjang hari
- Toleransi kulit dan terbukti oleh dermatologi
- Terdapat dalam 4 variasi: Ice Cool, Sprint, Intense dan Energy.
Nivea Men Body Deodorizer ini juga membantu untuk menghidupkan semula kesegaran sepanjang hari! Jadi, kini korang tak perlu risau lagi tentang bau badan member korang sebab lepas mereka pakai Nivea Men Body Deodorizer ini, mesti wangi je sepanjang hari dan akan membuatkan korang merasa lebih confident! Korang memang ‘Real Bro‘!
Nak bercuti dengan member pergi Boracay tak? Nivea Men nak kasi FREE ni!
Haa, tadi kan admin mention pasal korang boleh juga plan untuk pergi bercuti dengan member korang kan? Ha kalau tak tahu nak pergi mana untuk percutian korang itu, admin ada cadangan untuk korang masuk contest yang bakal dianjurkan oleh Nivea Men untuk memenangi Bro-trip ke Boracay selama 3 hari 2 malam.
Wow biar betul?! Apa-apa pun, korang kena join dulu, mana tahu boleh menjadi pemenang bertuah! Haa, nak tahu cara untuk sertai contest ini? Ikuti langkah di bawah:
Langkah #1: Beli mana-mana produk Nivea Men Body Spray Deodorizer ini dan simpan resit pembelian sebagai bukti
Langkah #2: Tangkap gambar Boomerang masa korang dan kawan baik korang (make sure BFF lelaki ye) tengah buat Bro Moment yang paling kreatif dan kelakar! eg: peluk, high-five, fist-bump dan sebagainya.
Langkah #3: Submit post korang dengan hashtag #bromerang #yakinbromomen. Set post korang kepada PUBLIC tau!
Langkah #4: Boomerang paling best akan terpilih sebagai pemenang bertuah untuk bercuti dengan ‘Bro’ korang ke BORACAY! Wohoooo!!
Nak tahu apa hadiah yang bakal anda menangi jika terpilih? Bukan percutian ke Boracay sahaja tau. Ada lagi hadiah lain menanti pemenang sagu hati iaitu:
x2 Kaca mata jenama RayBan yang bernilai RM 400 setiap satu – hadiah mingguan yang special
x15 goodies produk Nivea Men yang bernilai RM 50 setiap satu – hadiah mingguan sagu hati
Best kan? Tak rugi kalau join, mana tahu dapat menang salah satu hadiah ini. Hehe apa pun, jom tengok video ini dulu!
Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai produk ini, korang boleh klik di link ini!