berita

Ini 6 Perkara Kecil Yang Buat Korang Stress Sebelum Sampai Tempat Kerja. Iye Ke?

July 27th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Siapa yang bekerja mesti pernah alami tekanan atau stress kan? Yelah, mana ada kerja yang tak stress. Kalau tak stress, mesti tempat kerja korang tu awesome gila ataupun korang ni memang sejenis yang happy-go-lucky dan ceria.

Kalau cakap pasal stress di tempat kerja ni memang normal la kan, tapi kalau stress sebelum sampai ke tempat kerja ni jarang sikit orang perkatakan ataupun tak perasan.

Haa..kat sini kitorang senaraikan perkara-perkara kecil yang mungkin korang tak sedar boleh menyebabkan korang stress sebelum sampai ke tempat kerja. Jom tengok korang boleh relate ke tak dengan situasi-situasi ni semua!

Bila dah lambat nak pergi kerja, tak jumpa baju yang nak pakai..


Rasanya, ramai antara korang yang ada masalah ni kan? Yelah, dah set dalam kepala yang esok mesti bangun awal dan sempat punya nak cari baju sebelum pergi kerja. Esoknya, sedar-sedar dah lambat! Apa lagi, terus mandi laju-laju dan bersiap.

Bila bukak je almari nak cari baju, takde langsung baju yang kita nak pakai dan lagi teruk, semuanya berkedut! Aik..rasanya semalam ada baju yang nak pakai tu, pagi ni boleh tak jumpa pulak. Misteri betul. Selalunya macam tulah, bila dah lambat, semua benda tak jumpa!

Memang stress betul lah kalau jadi macam ni. Last-last memang lambat jugaklah sampai ke tempat kerja.

Sebelum tidur, dah set alarm, tapi esok pagi alarm tak bunyi!


Punyalah gigih sebelum tidur set alarm 5 minit sekali. Punyalah taknak terlajak tidur. Lepas tu dah berazam malam ni nak tidur awal supaya esok boleh bangun awal. Sekali, pukul 2-3 pagi jugak baru lelap.

Alkisahnya, memang esok tu terlajaklah kan. Lepas tu, salahkan alarm kenapa tak bunyi. Rupanya, bukan alarm yang tak bunyi, kita yang tak sedar ataupun bila bunyi, terus tekan snooze. Memang sedaplah sambung tidur kan!

Charge handphone sebelum tidur, rupanya tak on plug!

Aduh, memang rasa berasap satu badan kalau benda ni jadi. Tambah-tambah kalau esok tu kita ada urusan penting dan perlukan aplikasi navigasi. Macam yang korang tahu, aplikasi ni semua memang cepat turunkan bateri smartphone kita. So, di saat genting macam ni, phone pulak takde bateri, memang stress lah! Arghh!

Nak charge dulu phone, takut jadi lambat pulak. Bertambah buruk bila powerbank pun tak charge. Masa ni tak tahulah nak sedih ke nak gelak. Haha!

Bila tudung atau shawl senget benget dan tak ‘behave’!


Yang ni memang sinonim dengan perempuan la kan. Kita ni sebelum tidur, dah siap-siap iron baju dan tudung yang nak pakai pergi kerja esok. Siap gantung elok-elok supaya tak kedut sikit pun. Tapi, keesokan harinya bila pakai, senget, herot, lembik dan tak boleh nak bentuk langsung!

Kononnya bila dah iron tudung siap-siap malam semalam, cepatlah sikit bersiap nak ke pejabat. Tapi, bila tudung tak behave, berjam-jam jugaklah siapnya! Last-last, tukar tudung lain yang tak match dengan baju. Ishhh!

Jangan main-main tau, perempuan boleh bad mood satu hari kalau tudung tak jadi.

Orang depan drive kereta macam siput


Situasi ni selalunya terjadi bila dah lambat nak pergi kerja. Dah lah bangun dan siap lambat, ingatkan boleh lah pecut kereta supaya cepat sampai. Sekali orang depan drive macam tengah bersiar-siar. Memang boleh berasap satu badan!

Aduh, nak potong, kereta tengah banyak, nak hon, macam kejam sangatlah pulak. Nak taknak, terpaksa lah ikut belakang dia sampai ada ruang untuk potong. Bila dah potong, rupa-rupanya pakcik tua yang drive. Terus tak jadi marah dan insaf. Huhu!

Dah sampai office, lift pulak rosak!


Bila dah berjaya sampai tempat kerja tepat pada masanya, nak dijadikan cerita, lift pulak rosak! Nak tunggu lift yang lain, berjam-jam lah pulak. Dah lah asyik penuh je.

Penyudahnya, mendaki lah tangga. Kalau setakat tingkat 1 atau 2, gagahlah jugak. Kalau office korang tu tingkat atas sekali, memang sampai-sampai je, rasa nak tercabut lutut!

Haa..macam mana? Antara semua perkara yang kitorang senaraikan tadi, ada tak yang korang dah pernah atau biasa alami? Mesti ramai kan yang setuju? Kadang-kadang, kita rasa perkara kecil macam ni tak effect pun kehidupan seharian kita.

Tapi sebenarnya, kalau kita mulakan hari dengan stress dan mood yang kurang baik, secara tak langsung, keseluruhan hari kita pun akan jadi muram. Tak bestnya!

Korang pernah terbayang tak, kan best kalau bangun je tidur, bukak tingkap, nampak suasana hijau dan semulajadi, terus rasa damai, tenang dan stress-free. Rasa bersemangat dan ceria nak mulakan hari!

Nak larikan diri dari semua ni? Dengan AYRA mesti boleh..


Korang mesti tertanya-tanya, apa AYRA ni sebenarnya kan? Haa..untuk pengetahuan korang, AYRA ni adalah salah satu projek perumahan dua tingkat di Bandar Bukit Raja yang terdiri dari 120 unit rumah berangkai.

Lagi menarik, AYRA yang berkonsepkan modern tropical kontemporari ini sangat unik apabila setiap sudut, bilik air, bilik tidur, cucur atap dan bumbungnya direka dengan mengambil kira unsur pencahayaan dan pengudaraan semulajadi.

Kalau korang nak tahu, Bandar Bukit Raja telah dimandatkan sebagai ‘Green Managed Industrial City’ bagi penghasilan kawasan logistik terbesar industri-industri bersih di Malaysia yang menitikberatkan dan menawarkan gaya hidup terkini bagi pembeli rumah kali pertama, pasangan muda dengan atau keluarga kecil, para eksekutif yang bekerja di sekitar Lembah Klang serta penaiktarafan pemilikan (pemilik apartmen) mahupun pelabur hartanah.

Jadi, dengan lokasi AYRA yang terletak di Bandar Bukit Raja ni, memang kenalah dengan jiwa pembeli rumah yang sukakan alam semulajadi, kedamaian dan ketenangan. AYRA juga memang kediaman yang sesuai buat seisi keluarga kerana terletak berdekatan dengan sekolah, institusi pendidikan, hospital dan pusat membeli belah.

Yang paling penting, AYRA dilengkapi dengan sistem sekuriti, pengawal keselamatan dan kad akses bagi penduduknya. Memang mudah dan selamat bagi korang seisi keluarga.

Jadi, apa tunggu lagi? Bagi korang yang idamkan kehidupan yang sihat, tenang dan bahagia, apa kata korang dapatkan seunit AYRA. Korang nak tahu lebih lagi pasal AYRA? Layari simedarbyproperty.com  ataupun berkunjunglah ke Bandar Bukit Raja Sales Gallery sekarang!

Bandar Bukit Raja Sales Gallery 

Sime Darby Property at Bandar Bukit Raja
Jalan Gamelan 1E, Bandar Bukit Raja, 41200 Klang, Selangor

Isnin – Ahad: 9:30 AM – 6:30 PM
Tel: +603-3361 7288
Hotline: 1-800-88-1118

SKIP THIS AD ×