Seperti kebiasaan bila nak menyambut Syawal mesti ada menu yang wajib ada atas meja bagi memeriahkan lagi suasana hari raya. Antara makanan yang menarik perhatian selain makanan berat, mestilah kuih raya!
Jadi, jom kami kongsikan antara snek dan kuih raya yang sedap, popular dan wajib untuk korang cuba pada musim raya!
1. Kuih jejari
Korang mesti pernah dengar nama kuih jejari ni? Ini antara kuih raya yang rare tau! Kalau bukan time raya, susah sikit nak dapat.
Kuih jejari merupakan salah satu kuih raya yang digemari ramai tanpa mengira peringkat usia. Bahan-bahan nak sediakan pun agak senang. Tapi, kalau korang malas nak buat sendiri, try tengok ada jual tak dekat kedai. Tu pun mungkin masa raya jelah kot ada…
2. Biskut buah kana
Sebut pasal biskut buah kana ni, ia pernah ada pada zaman dahulu tapi sekarang memang susah nak dapat. Dengan rupa dan warna nya yang agak menarik tu memang nampak sedap untuk untuk dimakan.
Kalau jumpa kuih ni terhidang dekat rumah orang time raya memang rare dan sangat menggamit memori lah kan? Sedap, rangup dan terasa jem buahnya yang melekat bersama disitu.
3. Biskut dam
Kalau biskut dam ni pulak macam mana? Korang pernah try tak sebelum ni? Ini kalau zaman mak-mak dan nenek kita memang popular.
Biskut dam merupakan sejenis biskut orang dulu-dulu. Rupanya pun agak unik dan berkotak-kotak. Bila makan tu confirm korang suka! Ini pun, kalau bukan musim raya, tak tahu lah boleh dapat ke tak. Memang rare habis!
4. Kuih putu beras
Dah lama tak nampak kuih putu beras ni kan? Kuih ni merupakan kuih tradisional tau. Bahan untuk membuatnya pun sangat ringkas. Hanya menggunakan beras, gula dan air!
Kuih putu beras boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Ada jugak orang yang membuatnya dalam bentuk yang berwarna-warni. Rasa kuih ni agak manis. Memang legend kuih ni.
5. Kuih sampan
Kuih sampan ni pula adalah salah satu daripada jenis kuih raya yang menjadi warisan zaman nenek kita dahulu. Tetapi dah tenggelam kepada generasi baru sekarang.
Korang tau apa yang rare tentang biskut sampan ni? Ia adalah kerana intinya digunakan dengan adunan yang dicampur dengan kelapa goreng dan bentuknya seperti sampan itu amat lah unik berbanding dengan kuih sekarang.
Nak tau apa yang lagi snek yang lagi rare? Mestilah Ubi Keledek Kurma Edisi Raya dari Mister Potato!
Eh, ni ada satu lagi tau antara snek yang korang boleh makan untuk sempurnakan hari raya korang. Nak tau apa? Ha… semestinya dengan Mister Potato! Ini pun rare jugak tau bila makan dengan keluarga dan sahabat di pagi raya.
Kalau nak tahu, Mister Potato sekarang dah keluarkan perisa terbaru mereka iaitu Ubi Keledek Kurma Edisi Raya tau! Wahhh, bukan biasa-biasa ya.. Nak dapat pun time raya je ni disebabkan edisinya yang terhad.
Tapi, mesti korang tertanya-tanya juga macam mana agaknya rasa perisa kurma terbaru ni? Eh mestilah sedap dan rangup! Dengan gabungan rasa warna ungu semulajadi dan rasa kurma yang manis tu memang rare gila weh!
Paling best, mereka sediakan dengan bungkusan kanister gergasi edisi terhad tau. Keistimewaan kanister gergasi ni hadir dengan saiznya yang lebih besar dan panjang berbanding ukuran biasa.
Dengan satu kanister gergasi itu juga dapat memuatkan 2 pek Mister Potato Sweet Potato Kurma Manis di dalam nya tau. Memang sesuai sangat lah kalau korang nak hadiahkan buah tangan kepada tuan rumah semasa lawatan hari raya nanti kan?
Sertai peraduan IG AR filter “Sedapnya Kurma Manis” & berpeluang menang RM150!
Korang semua mesti ada aplikasi Instagram kan? Haa…mulai 19 April hingga 9 Mei 2021, korang dah boleh sertai peraduan yang dianjurkan oleh Mister Potato dan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM150 dengan hanya bermain AR filter Sedapnya Kurma Manis di IG story tau!
Selain itu, korang juga berpeluang untuk mendapat kanister gergasi edisi terhad yang dilengkapi dengan 2x Mister Potato Kurma Manis. Wow, syok gila!
Tunggu apa lagi? Dapatkan Mister Potato Sweet Potato Kurma Manis Edisi Terhad ni sekarang!
Dah seronok cerita pasal keenakan Mister Potato Sweet Potato Kurma Manis ni, mestilah korang nak tahu cara nak dapatkan produk ni kan? Bagi peminat Mister Potato, cepat dapatkan di supermarket dan hypermarket berdekatan korang dengan segera!
Kanister gergasi hanya boleh didapati di Mydin, Econsave dan Giant saja dengan kuantiti dan masa yang terhad. Kalau yang normal Mister Potato Sweet Potato Kurma Manis 130g tu korang boleh nampak je kat mana-mana tau.
Jadi cepat cepat lah pergi serbu supermarket tersebut untuk rasai sendiri edisi rare kali ini.
Korang boleh dapatkan edisi terhad ni secara online di MAMEE Official Store melalui: