berita

Ini Antara 5 Peralatan Rumah LG Yang Sexy Habis & Praktikal Yang Korang Wajib Ada Di Rumah!

July 10th, 2019 | by M
Sponsored Post

Related image

Dalam zaman modenisasi ni, semua orang inginkan kehidupan yang bergaya, mewah, mudah tapi dalam masa yang sama praktikal.

Haa..ni kami ada senaraikan antara inovasi terbaru LG yang memang cool, inovatif dan praktikal yang boleh memudahkan kehidupan seharian korang. Check this out! 

Udara yang segar dan sejuk sepanjang hari..

Related image

Kredit: www.digitaltrends.com

Siapa je yang suka bila balik je rumah, lepas tu hidu udara yang terkepam, tak bersih dan tak segar kan? Kadang-kadang tu, sampai terbersin-bersin sebab udara dan persekitaran yang tak bersih.

Sebab tulah korang perlukan Pembersih Udara PuriCare LG yang  secara automatik dapat mengesan kualiti udara dan menapis persekitaran korang dengan menyingkirkan zarah mikro, gas berbahaya, dan bau yang tidak menyenangkan.

Image result for lg puricare air purifier 360

Kredit: The Star

Pembersih Udara PuriCare LG ni juga boleh berpusing pada 360° dan mampu membersihkan udara sehingga 7.5 meter jauhnya! Tak kisahlah korang nak letak kat ruang tamu ke, dapur ataupun bilik tidur, ia membantu menghilangkan bau masakan dan menyegarkan udara ketika korang tidur.

Kalau korang ada bayi atau anak kecil di rumah, korang boleh aktifkan ciri Baby Care yang berfungsi membekalkan udara segar, sekaligus membantu untuk tidur yang lebih nyenyak.

Pembersih Udara PuriCare LG datang dalam dua saiz yang berbeza iaitu Single dan Dual Booster di mana ia sangat praktikal diletakkan di mana-mana sahaja tempat yang korang rasa sesuai.

Nak buat air panas atau air sejuk?

Dengan inovatif terkini dari LG iaitu Inverter Compressor dan Induction Heating System (IH), Penapis Air LG PuriCare Tankless dijamin akan memudahkan hidup korang dengan mempunyai pilihan air minuman, sama ada panas, sejuk ataupun suhu bilik.

Lebih menarik, fungsi 180° darjah turning rotating tap pula memudahkan korang untuk tetapkan kuantiti air yang korang nak dengan paparan sentuhan intuitif  dan periksa status tapisan air melalui lampu indikasi. Awesome kan?

LG PuriCare yang dicipta dengan teknologi tanpa tangki ni juga akan terus menapis air dalam masa 3 saat! Ini bermakna, korang boleh terus dapatkan air yang bersih dan segar setiap hari!

Ketuk..ketuk..lampu menyala!

Korang percaya tak ada peti ais yang bila kita ketuk, lampu terus menyala dan korang boleh nampak apa di dalamnya?  Seperti biasa, LG sentiasa kedepan dengan inovasi terbaru dan baru-baru ini telah menghasilkan peti sejuk yang membolehkan korang mengintip di dalam tanpa membuka pintu. Wow!

Image result for LG InstaView Door-in-Door

Dikenali sebagai LG InstaView Door-in-Door, korang hanya perlu mengetuk tingkap kaca dua kali dengan lembut dan lampu dalaman akan muncul, mendedahkan apa yang ada di dalamnya. Ini juga dapat membantu korang menjimatkan tenaga dan mengekalkan kesejukan peti sejuk.

Menariknya, kalau korang takde kat rumah pun korang masih boleh mengawal suhu peti ais dan memastikan makanan yang disimpan di dalamnya kekal segar dengan menggunakan aplikasi Smart ThinQ. Penapis udara pintar yang terdapat di dalamnya juga berfungsi dalam menghapuskan sehingga 99.999% bakteria dan menghilangkan bau busuk.

Kenapa basuh sekali kalau boleh buat dua basuhan serentak?

Image result for lg twinwash

Selalunya bila basuh pakaian, mesti korang akan asingkan pakaian putih dan berwarna kan?Yelah, nanti turun warna, dah habis kena baju lain. Tapi leceh sebab kena buat dua basuhan dan tunggu lama baru habis satu basuhan.

Ni haa hero korang, LG TWINWash yang dilengkapi dengan mesin basuh atas (Main Wash) dan bawah (Mini Wash) dijamin menjimatkan masa korang dengan membasuh dua basuhan serentak. Jadi, dah tak payah tunggu lama. Yeay!

Related image

Lebih menarik mengenai Mini Wash adalah, korang boleh membasuh pakaian atau pakaian kecil tanpa perlu risau tentang membazir air dan tenaga. LG TWINWash juga dilengkapi dengan pelbagai cara mencuci untuk menjaga kain anda, sama ada sutera, bulu, atau pakaian manik.

Televisyen tapi nampak macam lukisan di dinding!

Image result for LG Signature OLED TV W9

Sekali tengok, macam lukisan dinding, tapi sebenarnya LG Signature OLED TV W9 adalah sebuah televisyen dengan kenipisan 5.96mm! Dilengkapi dengan teknologi LG OLED TV, paparan skrin LG Signature OLED TV W9 seperti imej yang hidup dan memberikan korang pengalaman menonton tv yang luar biasa!

Skrin LG Signature OLED TV W9 dikuasakan oleh teknologi AI dan boleh dikawal hanya menggunakan suara sahaja serta dapat menyesuaikan tahap kecerahannya mengikut pengcahayaan sekitarnya.

Bukan itu je, LG Signature OLED TV W9juga dilengkapi dengan Dolby Vision dan Atmos yang dapat memberikan korang pengalaman penuh sinematik tak ubah seperti di dalam panggung wayang!

Jika korang idamkan kehidupan yang lebih selesa, praktikal dan bergaya, pastikan LG, menjadi pilihan korang.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk-produk awesome keluaran LG, layari laman web mereka atau hubungi 1800-822-822 hari ini juga!

 

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×