berita

Ini Antara 5 Siri TV Wajib Tonton Tahun 2019. Yang Mana Satu Favourite Korang?

December 31st, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Hujung-hujung tahun sebelum nak masuk tahun baru 2020 ni, kebanyakannya memang orang akan habiskan cuti dan duduk rumah sambil layan siri-siri kegemaran di kaca tv. Sebelum berakhirnya tahun ini, jom kita recap antara siri televisyen terbaik yang memang mendapat sambutan hangat sepanjang 2019!

Yang mana satu favourite korang?

Sweet Dreams

Related image

Drama yang mendapat sambutan hangat ni mengisahkan tentang Qash Adam (Ben Amir) dan si gadis bisu, Putri (Mira Filzah). ‘Anugerah’ yang dimiliki Qash membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia, tetapi tidak dengan Putri yang selalu muncul dalam mimpinya.

Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin kemudian bercinta. Tapi di pengakhirannya… kalau korang nak tahu kesudahannya, tonton Sweet Dreams di Astro GO ya!

Cemburu Seorang Perempuan

Image result for cemburu seorang perempuan

Betullah orang kata lelaki dan perempuan tak boleh jadi BFF sebab mesti akan ada salah seorang yang jatuh cinta. Dhiya yang dah lama menyimpan cinta kepada kawan baiknya Zik, tak mampu menolak apabila Emi (isteri Zik) melamarnya untuk menjadi madu.

Tapi, disebabkan cemburu, Emi jadi paranoid sehingga sanggup cederakan Dhiya! Drama ni memang tak clichè dan korang patut masukkan dalam wish wajib tonton!

Jodoh-Jodoh Annisa


Berkisarkan konflik keluarga dan percintaan. Annisa terpaksa menempuh jalan hidup yang berliku baik dari segi kerjaya dan percintaan. Dugaan hidup memaksa Annisa memilih antara lima jejaka, sementara dia bersaing dalam industri yang didominasi lelaki.

Agaknya, siapakah yang menjadi jodoh sebenar Annisa?

Sepahtu Reunion LIVE 2019

Image result for Sepahtu Reunion LIVE 2019

Sitkom komedi Sepahtu Reunion kembali untuk musim terbaru dengan lawak-lawak yang tak kering gusi dari Jep, Shuib, Rahim, Pak Ya dan artis-artis jemputan setiap minggu.

Kalau korang tengah stress, memang eloklah tonton Sepahtu Reunion sebab mereka akan bawakan jalan cerita yang berlainan setiap minggu dengan aksi yang menggelikan hati.

Curi-Curi Cinta

Related image

Diadaptasi dari novel, drama ini mengisahkan Intan Raihana yang materialistik dan terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim sehingga sanggup memerangkap Daniel untuk berkahwin dengannya. Pergolakan, ego dan konflik menyebabkan hubungan mereka musnah.

Apakah kesudahan hubungan Intan dan Daniel demi anak yang bakal lahir nanti?

Belum tonton semua siri ni? Jom strim on demand tanpa henti dengan aplikasi Astro GO atau PVR bersambung korang!

Astro Go

Kalau korang nak tahu, On Demand servis adalah PERCUMA untuk semua pelanggan Astro dan program yang tersedia bergantung kepada pek langganan Astro korang!

Aplikasi Astro GO membolehkan korang memuat turun dan menonton pertunjukan secara on-the-go, manakala PVR yang bersambung ke Wi-Fi membolehkan korang strim program di TV skrin besar kat rumah pada bila-bila masa sahaja secara on demand.

Korang hanya perlu menyambungkan Astro GO atau PVR box korang ke Wi-Fi.

Nak tahu macam mana nak menghubungkan akaun Astro kepada Astro GO atau menyambungkan PVR ke Wi-Fi? Tonton video ni dulu!

https://www.youtube.com/watch?v=mj9UKlTOrAk

Untuk maklumat lanjut dan sebarang updates, klik sini.

SKIP THIS AD ×