berita

Ini Antara Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD

January 15th, 2019 | by Epul
Filem Antarabangsa

Seperti mana yang korang tau, trailer filem HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD dah lama berlegar-legar di media sosial. Dengan ini, lengkaplah sudah francais filem HOW TO TRAIN YOUR DRAGON dengan munculnya sequel ketiga ini yang akan mula ditayangkan tak lama lagi…

Menggunakan suara latar sama daripada dua sequel terdahulu, watak Hiccup masih dimainkan oleh Jay Baruchel, Cate Blanchett sebagai Valka, Craig Ferguson sebagai Gobber the Belch dan America Ferrera sebagai Astrid.

Sebelum ia menggegarkan panggung wayang, admin kongsikan dulu apa yang korang patut tahu dalam HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD kali ini…

Ini merupakan sequel terakhir – penulis skrip

Dean DeBlois

Admin yakin korang akan rasa sedih selepas menonton sequel ketiga yang merupakan filem terakhir daripada francais ini. Ini kerana, pengakhiran HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD bakal meninggalkan kesan dramatik dalam hati korang menurut penulis skrip dan pengarahnya.

“Dah lama kami fikirkan perkara ini dan apa yang bakal kami persembahkan nanti adalah satu cari paling baik untuk mengucapkan selamat tinggal,” kata penulis skripnya, Dean DeBlois kepada Entertainment Weekly.

Menurutnya, pengakhiran HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD seakan-akan buku bersiri yang ditulis Cressida Cowell dulu. Korang akan faham kenapa Hiccup cakap “There were dragons when I was a boy” seperti mana yang yang ada dalam trailer.

“Bukan itu saja, jika ada penonton tertanya-tanya apa yang mungkin terjadi kepada mereka sepanjang filem itu, mereka akan jumpa jawapan di pengakhirannya,” tambah DeBlois.

Hiccup akhirnya jadi ketua Berk Viking

Sequel terakhir keluaran DreamWorks ini boleh dikatakan bakal menyimpulkan segala apa yang terjadi sepanjang dua sequel terdahulu. Istimewanya kali ini, Hiccup menggalas tanggungjawab baru dengan menjadi ketua di Berk Viking selepas kematian bapanya dan berjaya mewujudkan kawasan di mana naga dan manusia boleh hidup bersama.

Hiccup bersama Toothless, teman wanitanya, Astrid, ibunya, Valka dan kumpulan Dragon Riders meneruskan misi mereka dalam sequel kali ini dalam menyelamatkan naga daripada pemburu naga yang menyebabkan Berk sangat padat.

Toothless akhirnya jumpa teman hidup

Dalam misi mereka menyelamatkan naga, Toothless sempat cari ‘teman hidup’ ya. Yelah, kalau dari dulu berseorangan dan asyik melekat dengan Hiccup, kini dia ada kawan baru buat gurau! Sweet betul Toothless bila dia tertarik dengan seekor naga spesis Light Fury yang boleh bertukar halimunan pada waktu malam.

Hubungan mereka makin mencabar bila ada penjahat baru bernama Grimmel yang menuntut hak bahawa beliau sudah ‘mengawal’ semua Night Fury, kecuali Toothless.

Nak tau apa yang terjadi seterusnya dalam HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD?

Nak tau sama ada Hiccup berjaya menyelamatkan naga-naga itu atau tidak? Jom saksikan HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD bermula 31 Januari ini di pawagam berdekatan korang! Pratonton untuk movie ini akan bermula 25 Januari, so, jangan lepaskan peluang korang ya!

Kalau korang belum tengok trailer HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD, jom tengok dulu…

Jangan lupa mark kalendar korang untuk tengok filem animasi hebat ini dengan keluarga dan kawan-kawan. Selamat menonton!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×