berita

Ini Antara Buah Tangan Menarik Untuk Korang Bawa Balik Kampung, Mesti Semua Suka!

March 27th, 2024 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Mesti ramai yang dah tak sabar-sabar nak balik kampung untuk sambut Syawal bersama yang tersayang kan?

Tapi, kalau boleh balik tu jangan tangan kosong tau, bawalah buah tangan sikit untuk gembirakan hati sedara-mara yang dah lama tak jumpa.

Set hadiah Naturals by Watsons sesuai dijadikan buah tangan

Klise rasanya kalau datang beraya bawa makanan atau buah-buahan, jadi apa kata raya tahun ini kita buat sedikit kelainan dengan bawa set penjagaan diri Naturals by Watsons sebagai buah tangan.

Istimewa sempena raya, Watsons bergandingan bersama illustrator tempatan ThatDania untuk hasilkan set hadiah eksklusif sempena Aidilfitri.

Jika korang mengenali Dania, korang mesti tahu yang beliau banyak menghasilkan karya warna-warni berkonsepkan kartun, semuanya super cute dan sangat aesthetic!

Konsep yang sama digunakan bagi menghiasi kotak set hadiah Naturals by Watsons, cuma kali ini beliau mengangkat tema raya ke dalam karyanya.

Setiap set hadiah ini datangnya dengan produk Naturals by Watsons pilihan korang. Sama ada Aloe vera, kopi, argan untuk penjagaan rambut bersama lavender, rose, cherry blossom ataupun blood orange untuk penjagaan badan.

Menggunakan bahan natural dan 100% vegan

Tak perlu khuatir untuk menggunakan produk Naturals by Watsons kerana kesemua produk ini diformulasi dengan lebih 90% bahan semula jadi dan 100% vegan.

Produk Naturals by Watsons juga dirumus tanpa 20 bahan toksik yang tidak selamat dalam produk penjagaan diri.

Mengambil kira hal kelestarian, kesemua botol untuk produk Naturals by Watsons dihasilkan daripada 100% plastik kitar semula.

Justeru itu, ia bukan sahaja selamat untuk kegunaan korang dan insan tersayang malah ia tidak membahayakan alam sekitar.

Berita baik! Dalam set hadiah ini, korang akan dapat produk Natural by Watsons beserta tote beg edisi terhad dan kad ucapan yang direka oleh ThatDania pada harga serendah RM59.90.

Korang juga boleh dapat tote beg edisi terhad secara percuma dengan setiap pembelian produk Naturals by Watsons di rangkaian kedai Watsons terpilih ataupun secara atas talian (sementara stok masih ada).

Haa.. Jadi, tunggu apa lagi? Jom beli produk Naturals by Watsons sekarang! Kalau terlambat nanti dah tak ada hadiah percuma tau :(
Untuk pembelian di atas talian korang boleh klik di SINI.

SKIP THIS AD ×