berita

Ini Antara Cerita Rakyat Malaysia Bila Sebut Pasal Mi MAGGI. Apa Memori Korang Pulak?

July 18th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Image result for maggi sup panas

Sebut je pasal Mi MAGGI, apa yang akan terlintas kat kepala korang? Kalau admin, tengok Mi MAGGI je, mesti teringat mak. Yelah, dulu masa bulan puasa pernah kantoi tak puasa dan ajak kawan datang rumah ramai-ramai makan Mi MAGGI! Sampai bulan puasa tahun depan kena bebel!

Haa..kali ni, kami nak kongsikan cerita-cerita menarik dan memori manis dari rakyat Malaysia tentang Mi MAGGI. Apa kisah korang pulak? Jangan lupa kongsikan ok!

“Selalu gaduh dengan kakak sebab sorang nak Mi MAGGI goreng, sorang nak Mi MAGGI sup”-  Mastura

Image result for maggi sup maggi goreng

“Dulu masa kecik, bila mak tanya nak makan Mi MAGGI sup ke goreng, mesti akan gaduh dengan kakak dulu. Sebab kakak suka Mi MAGGI goreng, saya pulak suka Mi MAGGI sup.  So, masing-masing akan pujuk mak untuk masak Mi MAGGI ikut cara kegemaran kitorang.

Penyudahnya, mak akan masak dua-dua cara sebab malas nak dengar kitorang bergaduh. Sekarang, bila nampak je Mi MAGGI, mesti teringat kakak dengan mak”.

”Mi MAGGI lah masakan pertama yang saya masak” – Azyan

Image result for perencah maggi kari

”Dulu, masa darjah 4, saya sekolah sesi petang. Jadi, pagi-pagi bila mak ayah dan adik beradik beradik keluar pergi kerja dan sekolah, saya mesti bosan duduk rumah. Lepas tu, ajaklah kawan-kawan datang rumah.

Haa..masa tu masing-masing lapar dan hanya ada Mi MAGGI je kat rumah. Kononnya nak masak Mi MAGGI goreng, tapi semuanya tak pandai masak! Last-last, kitorang try and error tapi Mi MAGGI goreng yang kitorang masak hangit!

Sudahnya, buat Mi MAGGI sup je sebab tu paling senang. Itulah masakan pertama kitorang!”

”Masak dalam baldi, makan ramai-ramai!” – Ammat

Image result for makan megi dalam baldi

“Saya dulu duduk asrama dari tingkatan satu sampai tingkatan 5. So, memang sekepala dan dah macam adik beradik lah dengan budak-budak dorm yang lain.

Bila ingat balik, peristiwa Mi MAGGI ni memang boleh jadi kenangan manis dalam hidup saya. Kalau nak tahu, saya dengan kawan-kawan pernah rendam dan masak Mi MAGGI dalam baldi. Lepas tu makan ramai-ramai. Meriah woo!”

”Suami jatuh cinta sebab sepaket Mi MAGGI” – Ratna

Image result for kedai mamak maggi goreng

”Saya dengan suami ni kerja satu office. Sebelum bercinta, kitorang ni tak pernah pun bertegur. Nak dijadikan cerita, satu hari dalam bulan puasa, kitorang satu team termasuk suami kena overtime dan tak sempat nak beli makanan untuk buka puasa.

Tiba-tiba dia muncul depan meja dan bagi sepaket Mi MAGGI kari. Kitorang pun berbukalah dengan Mi MAGGI kari sama-sama, dan bermula dari situ kitorang mula rapat dan sekarang dah ada anak seorang pun!”

“Habis Mi MAGGI kena curi dengan monyet!” – Syu

Image result for maggi

”Ini memang cerita benar. Zaman kolej dulu, saya duduk asrama. Asrama kitorang ni memang dekat dengan hutan sikit dan kawasan tu memang banyak sangat monyet. Siapa yang lalu bawak plastik je mesti akan kena kejar.

Satu hari tu, masa baru balik kelas petang, saya singgah kedai koperasi kejap sebab nak beli sebungkus Mi MAGGI. Dah siap beli, saya pun jalanlah nak balik asrama. Tengah nak naik tangga asrama tu, kawan pulak call. Punyalah best bersembang kat phone, tiba-tiba ada seekor monyet nak rampas plastik saya yang berisi Mi MAGGI tu. Punyalah terkejut, saya terus lari lintang pukang dan monyet tu pun terus bawak lari Mi MAGGI saya.

Sampai sekarang bila tengok Mi MAGGI, mesti teringat monyet yang rampas tu. Haha!”

Abah punya Mi MAGGI terbaik! – Bieha

Image result for maggi kari telur cili padi

”Cakap je pasal Mi MAGGI, mesti teringat kat abah. Tiap-tiap bulan, saya akan balik kampung dan jumpa mak abah. Yang paling saya ingat, Abah ni memang suka layan filem Tamil dan ajak saya teman dia tengok tv.

Kitorang ni memang tak boleh kalau layan filem tapi tak mengunyah. Selalunya, sebelum start filem Tamil, abah akan masakkan saya Mi MAGGI, letak telur mata. Rindunya kat abah!”

Tak kisahlah sup atau goreng, yang penting Mi MAGGI memang dekat di hati rakyat Malaysia!

Pergi bercuti, belajar di luar negara, sedih, sejuk, lapar, teringin, Mi MAGGI mesti akan sentiasa jadi pilihan korang kan? Boleh kata Mi MAGGI ni dah sinonim dengan hidup kita.

Haa..asyik sup dan goreng, apa kata sesekali korang cuba cara lain pulak untuk masak Mi MAGGI! Kalau nak resipi-resipi Mi MAGGI yang lebih menarik, jom check out video resipi Mi MAGGI Kari Goreng Minang dari Sheila Rusly!

Korang ada resipi Mi MAGGI korang sendiri? Jom kongsikan dan menangi hadiah hebat!

Kalau korang ada resipi Mi MAGGI goreng yang kreatif, menarik dan lain dari yang lain, jom kongsikan foto atau video resipi korang dan berpeluang memenangi hadiah lumayan!

[more details on #MAGGIgorengMYstail contest]

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MAGGI.

SKIP THIS AD ×