berita

Ini Antara Dasar Baharu PTPTN Yang Ramai Tak Tahu! Majikan Boleh Bayarkan Hutang Korang Wey!

December 28th, 2018 | by Azyanshor
Shout Out!

Dah nak masuk tahun 2019 dah kita! Ada banyak benda yang akan berubah bila kita masuk ke tahun baru ni tau. Sama ada diri kita sendiri atau pun perkara-perkara sekeliling kita. Dan seperti perkara-perkara lain, PTPTN pun akan berubah. Tapi perubahan ni akan jadi sesuatu yang bagus!

Untuk korang yang terlepas pandang pasal dasar baharu PTPTN, ha ni kitorang nak highlight perkara penting yang wajib korang tahu mengenai dasar baru ni!

Majikan boleh tolong pekerja bayar PTPTN! Siap dapat pengecualian cukai!

Betul tu! Dan yang lagi best, majikan boleh dapat pengecualian cukai bila tolong korang. So, win-win situation la kan?

Ini nak mengalakkan majikan menyumbang kepada kelestarian PTPTN dan pendidikan! Bila majikan korang nak tolong, korang pun takde la rasa terbeban sangat kan?

Bos-bos juga boleh guna kaedah ini kepada pekerja. Mungkin boleh jadikan sebagai insentif atau sebagai token penghargaan untuk pekerja cemerlang ke kan? Mesti pekerja lagi happy dan semangat nak kerja!

Macam mana nak bayar? Leceh tak?

Tak guys, mudah je nak bayar! Macam korang buat caruman KWSP atau Perkeso tu. Tolak je dari gaji ataupun boleh gunakan cek syarikat untuk bayar. Tak payah susah-susah!

Bayaran pula boleh dibuat secara ansuran bulanan atau pun sekaligus. Ia bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2019. Boleh la buat contest pekerja siapa yang paling perform, lepas tu dapat hadiah bayaran PTPTN dilangsaikan. Fuh, admin pun terus bekerja siang malam macam ni!

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah:

  • Majikan membuat bayaran hutang PTPTN bagi pihak pekerja
  • Taraf pekerjaan pekerja adalah sepenuh masa
  • Pekerja tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran atau tuntutan sebagai balas kepada pembayaran hutang PTPTN yang telah dijelaskan oleh majikan.

Untuk graduan kelas pertama macam mana pulak eh?

Untuk pelajar-pelajar kelas pertama yang confuse macam mana lah nak dapatkan pengecualian bayaran balik ni kan? Sebenarnya mudah je guys.

Syarat pertama korang mestilah menamatkan pengajian dalam tempoh lazim (tempoh yang sepatutnya)!

Kedua, korang mestilah tamat pengajian mulai 1 Januari 2019. Peminjam yang tamat sebelum tarikh ni tak terlibat ye.

Syarat terakhir, korang mesti tergolong dalam kategori B40 dan M40 semasa tamat pengajian berdasarkan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pengesahan pendapatan melalui Portal PTPTN.

Pelepasan cukai pun dinaikkan dari RM6K ke RM8K!

Ibu bapa atau penjaga yang ada membuka akaun SSPN untuk anak mereka layak untuk mendapatkan pelepasan cukai tau! Kalau dulu limitnya hanya sampai RM6000 je sekarang dah dinaikkan sehingga RM8000!

Cara pengiraannya ialah berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.  Contohnya, jumlah simpanan tahun 2019 tolak jumlah pengeluaran yang korang dah buat sepanjang tahun 2019!

Korang boleh dapat pelepasan taksiran cukai pendapatan secara berganda tau, simpan dalam SSPN-i dapat pelepasan sehingga RM8000, tambahan RM6000 lagi untuk pelepasan dalam SSPN-i Plus! Menarik betul weh!

Ha lepas ni dah tak confuse dah pasal dasar baru PTPTN ni kan? Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi portal PTPTN atau klik di sini!

The following two tabs change content below.