berita

Ini Antara Drama, Rancangan & Anime Di iQIYI Yang Korang Wajib Tengok Untuk Mac Ni!

March 9th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Filem Antarabangsa

Setiap hujung minggu mesti nak layan untuk hilangkan kebosanan. Lagi-lagi kalau tengah cuti dari kesibukan bekerja. Nak jugak ‘me time‘ sekali-sekala di rumah kan?

Antara aktiviti yang korang boleh buat mestilah menonton drama atau program menarik. Kami yakin korang pun mesti dah biasa dengar tentang iQIYI. Orang kata, kalau nak tengok drama best-best secara percuma boleh tengok di iQIYI je. Sari kata English, Malay dan Chinese jugak tersedia untuk korang pilih!

Jom kita intai sikit apa yang best untuk korang layan bulan Mac ni di iQIYI.

K-drama menarik untuk Mac di iQIYI

Mouse

Pelakon: Lee Seung Gi (My Girlfriend Is a Gumiho), Lee Hee Joon (The Legend of the Blue Sea)

Genre: Aksi, Suspens, Seram, Misteri, Jenayah

Jumlah episod: 20 (1 episod baru setiap Khamis & Jumaat, jam 12 malam)

Peminat K-drama mana? Suka genre saspens dan misteri tak? Tonton drama ni. Ia mengisahkan tentang seorang pegawai polis baru bernama Jung Ba Reum (dilakonkan Lee Seung Gi) yang sentiasa berusaha mencari keadilan.

Jung Ba Reum terpaksa berdepan dengan pembunuh bersiri psikopat yang sangat gila. Pembunuhannya yang begitu kejam telah membuat seluruh negara jadi huru-hara. Selepas menempuhi cabaran bertemu dengan psikopat ni, hidupnya berubah sekelip mata.

Apakah nasib yang menimpa Jung Ba Reum? Kalau nak tahu, kena saksikan drama ni pada 4 Mac 2021, jam 12 malam di iQIYI International.

Klik sini untuk tonton Mouse di iQIYI.

Oh! Master

Pelakon: Lee Min Ki (Because This Is My First Life), Nana (Kill It)

Genre: Komedi, Romantik

Jumlah episod: 16 (1 episod baru setiap Rabu & Khamis, jam 8.30 malam)

Nakkan drama yang romantik tapi kelakar sampai geli perut? Kami rekomen yang ni. Drama cinta komedi ini berkisarkan tentang kehidupan hero dan heroin apabila tinggal bersama.

Han Bi-soo (dilakonkan Lee Min Ki) merupakan penulis skrip drama bersiri thriller terbaik di Korea Selatan. Dia tak berminat menjalinkan hubungan romantis. Oh Joo-In (dilakonkan Lim Jin Ah) pula pelakon popular yang mempunyai gelaran “Ratu Komedi” tapi tak pernah jatuh cinta.

Seorang tak berminat bercinta, seorang lagi tak pernah jatuh cinta. Macam mana kesudahan mereka? Saksikan secara eksklusif pada 24 Mac 2021, jam 8.30 malam di iQIYI International.

Klik sini untuk tonton Oh! Master di iQIYI.

Dramaworld

Kredit: HanCinema

Pelakon: Henry Lau (A Dog’s Journey 2), Ha Ji Won (Secret Garden), Liv Hewson (Drama World, Santa Clarita Diet), Sean Richard (Drama World)

Genre: Supernatural, Percintaan, Komedi

Jumlah episod: 13 (1 episod baru setiap Jumaat & Sabtu, jam 10.30 malam)

Paling dinantikan! Drama supernatural penuh komedi dan romantik yang popular, ‘Dramaworld’ yang menampilkan gabungan pelakon dua benua, Amerika dan Korea akan kembali dalam musim kedua guys!

Ia mengisahkan seorang pelajar kolej di Los Angeles, Claire Duncan (dilakonkan Liv Hewson) yang meminati drama Korea. Suatu hari, dia diserap secara magis semasa menonton K-drama kegemarannya. Di situ dia dapat bertemu dengan pelakon K-drama yang diminatinya iaitu Joon Park (dilakonkan Sean Richard).

Adakah dia akan terus berada di dalam rancangan itu buat selama-lamanya? Tonton drama ni secara eksklusif pada 26 Mac 2021, jam 10.30 malam di iQIYI International.

C-drama yang ni pun best jugak!

The Sword And The Brocade

Pelakon: Wallace Chung (My Sunshine, It’s Too Late to Say I Love You), Tan Song Yun (Go Ahead, Under the Power, With you)

Genre: Purbawara, Percintaan

Jumlah episod: 45

Drama ni akan membawa korang ke zaman dinasti Ming. Berkisarkan tentang Luo Shi Yiniang, seorang wanita yang merendah diri tapi tegas dengan kemahiran sulamannya yang indah. Setelah berkahwin dengan Yongping Xu Lingyi secara tak sengaja, dia layan semua orang di sekelilingnya dengan ramah. Xu kemudian tertarik dengannya.

Dengan bantuan suaminya, Shi Yiniang membuka Bengkel Sulaman Xianling Pavilion untuk mereka yang mahu mewarisi kemahiran menyulamnya. Ketika keluarga Xu menghadapi bencana, mereka bekerjasama untuk menyelesaikan krisis tersebut.

Romantiknya lahai. Untuk pengetahuan korang, dua episod baru untuk drama ni akan dikeluarkan bermula Isnin hingga Rabu, jam 8 malam. Ahli VIP di iQIYI boleh dapat akses untuk 6 episod lebih awal tau.

Klik sini untuk tonton The Sword And The Brocade di iQIYI.

PING PONG

Pelakon: Bai Jing Ting (Rush to the Dead Summer), Timmy Xu (Addicted Heroin)

Genre: Drama, Sukan

Jumlah episod: 44

Korang yang kaki sukan pasti bersemangat dengan drama ni. Ia mengisahkan tentang dua pemuda bertanding di meja ping pong yang tiada penghujungnya.

Xu Tan berfizikal lemah tapi kuat semangat, manakala Yu Kenan seorang yang tiada disiplin tapi berbakat. Bagi mencapai impian mereka, mereka berdiri di dua hujung meja ping pong dalam pertandingan terbesar dalam hidup mereka.

Siapa yang akan menang pada akhirnya? Jangan lupa saksikan tayangan secara eksklusif pada 9 Mac 2021, jam 8 malam di iQIYI International. Aduh, berdebar la!

Klik sini untuk tonton PING PONG di iQIYI.

My Dear Guardian

Pelakon: Johnny Huang (Love Advanced Customization, Moonshine and Valentine), Li Qin (The Song of Glory)

Genre: Percintaan, Ketenteraan

Jumlah episod: 45

Drama romantik dalam bidang ketenteraan ni boleh tahan menarik. Ia mengisahkan tentang pegawai tentera wanita yang ramah dan lemah lembut bersama pegawai tentera lelaki bersifat ‘ice mountain‘ yang sentiasa dingin dalam menjalankan tugas.

Xia Chu adalah seorang pakar bedah yang pengalamannya memungkinkan dia untuk tetap tenang dalam menghadapi situasi hidup dan mati. Liang Muze adalah pegawai tentera khas yang telah bertempur dalam banyak medan perang. Dia telah menutup hati kerana kenangan yang menyakitkan dari masa lalu.

Adakah cinta akan berputik antara mereka? Kalau nak tahu, tonton pada 30 Mac 2021, jam 8 malam di iQIYI International okay. Sambil-sambil tu boleh berangan bercinta dengan askar kan?

Love Scenery

Kredit: mydramalist.com

Pelakon: Lin Yi (Put Your Head on My Shoulder), Xu Lu (Our Shining Days, Destiny’s Love)

Genre: Percintaan

Jumlah episod: 31

Liang Chen dan Lu Jing merupakan dua individu yang bersinar dalam bidang masing-masing. Melalui suara yang indah, Liang Chen nak tonjolkan muzik yang baik untuk penontonnya.

Lu Jing yang suka pengkomputeran dan analitik sangat dikenali kerana karyanya dalam mengkaji tingkah laku manusia yang kompleks.

Lu Jing jugak seorang gamer popular yang merupakan peminat setia Liang Chen dan juniornya di sekolah. Dua orang yang pada awalnya orang asing mengejar impian mereka sendiri.

Macam mana mereka menonjolkan diri dalam bidang masing-masing agar terus berjaya? Saksikan pada 31 Mac 2021, jam 8 malam di iQIYI International.

Klik sini untuk tonton Love Scenery di iQIYI.

Rancangan TV paling popular pun ditayangkan!

Youth With You 3

Youth With You 3 merupakan rancangan tv popular yang menampilkan Lee Ronghao sebagai mentor vokal, Lisa BLACKPINK sebagai mentor tarian, Will Pan sebagai mentor rap dan Esther Yu sebagai penolong mentor muda.

Rancangan ni memperkenalkan 119 pelatih (trainee) yang akan diberikan tugasan, latihan dan seterusnya dinilai oleh mentor berpengalaman. Hanya 9 trainee yang akan dipilih untuk membuat penampilan sulung sebagai sebuah kumpulan idola.

Jangan terkejut! Ada seorang trainee dari Malaysia iaitu Jun Liu yang berasal dari Seremban tau. Dia merupakan tenaga pengajar di 1 MILLION DANCE STUDIO yang ditubuhkan oleh kumpulan dan artis K-pop terkenal seperti EXO, TWICE dan Jay Park. Liu Jun bahkan telah membuat koreografi untuk GOT7 dan Jackson Yee tau. Kagum seh!

Tahu tak, sebenarnya korang boleh undi trainee kegemaran korang kalau korang nak mereka menjadi antara 9 yang terpilih untuk debut tau. Korang jugak boleh tulis nota untuk mereka. Nota korang mungkin ditampilkan dalam ruangan khas Youth With You 3 dan di ruangan profil trainee. Syoknya!

Klik sini untuk tonton Youth With You 3 di iQIYI.

Youth With You Backstage

Youth With You Backstage adalah pertunjukan spin-off daripada Youth With You 3. Rancangan ni akan menampilkan latihan dan latar belakang trainee tersebut. Lihat betapa seriusnya trainee ni berlatih dan reaksi sebenar mereka di sebalik tabir.

Rancangan ni merupakan program sambungan Youth With You 3 dan hanya ditayangkan perdana secara eksklusif di iQIYI International untuk ahli VIP di iQIYI. Korang boleh tengok episod baru untuk rancangan ni setiap hari Ahad, jam 12 malam.

Klik sini untuk tonton Youth With You Backstage di iQIYI.

Youth Party

Selain tu, ada juga rancangan Youth Party untuk korang tonton secara santai. Ia menampilkan gaya hidup golongan muda yang sangat cool. Berdasarkan tema 12 adegan dalam kehidupan sebenar, pemain akan ditetapkan melalui beberapa permainan menarik.

Apa yang istimewa tentang rancangan ni? Trainee dari Youth With You musim sebelumnya akan muncul sebagai tuan rumah untuk pesta itu dan memberikan cabaran kepada junior mereka. Wow..

Apa agaknya cabaran yang mereka akan hadapi nanti? Kalau nak tahu, kena la jadi ahli VIP di iQIYI dan saksikan tayangan perdana secara eksklusif di iQIYI International. Episod baru untuk rancangan ni akan dikeluarkan setiap hari Rabu, jam 12 malam.

Klik sini untuk tonton Youth Party di iQIYI.

CHUANG 2021

Bagi korang yang sukakan rancangan realiti yang mencabar, kami rekomen yang ni. CHUANG 2021 adalah rancangan tv realiti survival kumpulan lelaki Cina yang ditayangkan di Tencent Video pada 17 Februari 2021.

Rancangan ini membawa 90 pelatih lelaki dari pelbagai negara dan agensi untuk membentuk kumpulan lelaki 11 anggota melalui undian penonton. Penerbit untuk CHUANG 2021 adalah Deng Chao. Mentor termasuk Ning Jing, Zhou Shen, Amber Liu dan Zhou Zhennan. Nene Zheng Naixin daripada BonBon Girls 303 sebagai pembantu antarabangsa.

Dah mula terasa cabarannya? Korang boleh tengok episod baru untuk program tv ni setiap hari Sabtu, jam 8 malam di iQIYI ya.

Klik sini untuk tonton CHUANG 2021 di iQIYI.

Jujutsu Kaisen, pertarungan magik yang buat peminat anime teruja!

Genre: Fantasi, Pengembaraan

Jumlah episod: 24 (satu episod baru setiap Sabtu, jam 10 pagi)

Dengar sini semua peminat anime! Korang yang sukakan anime bergenre fantasy akan jatuh hati dengan anime ni. Ia mengisahkan tentang Yuji Itadori, seorang genius atletik di sekolah menengah.

Bagi menyelamatkan seorang senior dari sumpahan, Itadori telah menelan dan menyerap serpihan iblis Ryoumen Sukuna. Dengan kata terakhir daripada datuknya, dia pergi ke sebuah institusi ahli magik untuk menolong orang lain. Dia berhasrat untuk terus berlawan dengan sumpahan tersebut.

Ini la anime pertarungan magik yang bakal buat korang teruja dan ditayangkan secara eksklusif di iQIYI International. Korang boleh tengok episod baru untuk anime ni setiap hari Sabtu, jam 10 pagi.

Klik sini untuk tonton Jujutsu Kaisen di iQIYI.

Macam mana? Menarik kan. Dah la banyak yang boleh ditonton di iQIYI, percuma pulak tu. Lepas tu kan..

Lagi syok kalau jadi ahli VIP di iQiyi!

Apa kata korang jadi ahli VIP di iQIYI? Bukan setakat boleh tengok tanpa gangguan ads yang ada, korang juga dapat tengok kandungan-kandungan eksklusif di iQIYI. Memang enjoy habis!

Bukan tu je, kalau jadi ahli VIP iQIYI, korang akan dapat Advance Privilege. Senang cerita, korang boleh tengok episod-episod tu lebih awal. Tak payah tunggu-tunggu dah.

Paling best, korang boleh tonton dengan fungsi Dolby Atmos di iQIYI! Ia merupakan teknologi bunyi persekitaran yang membawakan pengalaman sinematik 3D. Macam-macam kesan bunyi yang korang boleh dengar dengan jelas.

Selain tu, korang boleh tonton kandungan yang ada di iQIYI secara Full HD. Lagi puas kalau tengok grafik yang berkualiti kan? Bulan pertama pun hanya RM1.90 je wei!

Kami jamin korang akan seronok menonton di iQIYI bila menjadi ahli VIP sepanjang duduk di rumah ni. Nak tahu lebih lanjut? Klik SINI ya.

Selamat berhibur dengan iQIYI!

SKIP THIS AD ×