berita

Ini Antara Kebaikan Yang Korang Dapat Kalau Pasang Langsir Jenis ‘Blackout’ Kat Rumah

October 21st, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Langsir adalah satu kemestian dalam sesebuah kediaman. Ia berperanan untuk menaikkan seri rumah itu sendiri. Sebab tu, penting untuk korang pilih konsep, warna dan fabrik yang tepat.

Sekarang pun ada banyak jenis langsir yang ada kat pasaran. Setiap langsir ada kelebihan tersendiri. Tapi, ada satu jenis langsir yang memang tengah in trend. Rumah nampak macam kat hotel kalau pasang langsir jenis tu. Uishh, langsir apa agaknya tu?

Sunblock curtain, langsir blackout oleh MK Curtain jadi tarikan ramai

Patut la ramai serang MK Curtain. Rupanya nakkan langsir blackout. Langsir blackout ni bukan sesuatu yang asing lagi. Korang akan perasan langsir ni dipasang di tempat-tempat seperti bilik hotel, dewan seminar atau office.

Kenapa dipanggil langsir blackout?

Kalau korang nak tahu, langsir blackout adalah langsir yang diperbuat dari fabrik jenis blackout. Kainnya lebih berat daripada kain langsir biasa. Teksturnya jugak lebih lembut dan beralun tau.

Kat sini kami rekomen korang untuk pasang langsir blackout oleh MK Curtain kat rumah. Bukan saja-saja nak suruh korang pasang tapi ada banyak kebaikannya. Nak tahu apa?

Halang pancaran cahaya matahari & haba

Korang mesti tak suka dengan keadaan rumah yang panas kan? Langsir blackout oleh MK Curtain mampu menghalang pancaran cahaya matahari daripada tembus ke ruang rumah korang. Sebab tu kena pasang satu kat rumah.

Pancaran cahaya matahari sebenarnya boleh buat warna perabot rumah korang jadi pudar. Rumah jadi kurang berseri nanti. Tapi, dengan langsir blackout oleh MK Curtain, settle masalah. Rumah nampak mewah dan berseri.

Kain langsir blackout oleh MK Curtain jugak tebal dan berat. Bila dipasang, ia tampak lebih kemas dan cantik. Walaupun kainnya tebal dan berat, tapi teksturnya lembut tau. Barulah nampak mewah!

Kalis bunyi bising dari luar rumah

Apa yang menariknya, fabrik jenis ni jugak kalis bunyi tau! Even ada construction kat luar rumah, korang masih boleh tidur lena dalam rumah.

Kalau korang nak tahu, tenunan benang kain langsir blackout oleh MK Curtain rapat dan banyak. Secara tak langsung, ia dapat menghalang bunyi bising dari luar masuk ke dalam rumah. Korang pun tak terganggu dan boleh tidur dengan lena.

Lebih tahan lama berbanding langsir biasa

Selain kalis bunyi bising, tenunan benang yang rapat dan banyak membuatkan langsir blackout oleh MK Curtain tahan lebih lama. Warnanya pun tak mudah luntur selepas terdedah pada matahari.

Privasi korang dilindungi & lebih terjaga

Kenapa agaknya langsir blackout selalu digunakan di bilik hotel, dewan seminar dan office? Haa.. Sebab ketebalannya! Ini untuk mengelakkan orang lain untuk tengok dari luar. Senang cerita, langsir blackout oleh MK Curtain membuatkan privasi korang lebih terjaga.

Sebenarnya, kain langsir blackout pernah digunakan semasa Perang Dunia Kedua. Paling menarik, ketika itu orang awam tutup tingkap rumah mereka dengan kain jenis blackout untuk elak serangan pesawat. Wow!

Cuba tengok video kat bawah. Confirm buat korang rasa makin nak pasang langsir blackout oleh MK Curtain ni kat rumah. Fuh..

Tak sangka. Banyak jugak kebaikan langsir blackout oleh MK Curtain ni. Macam nak pasang jugak la. Lebih-lebih lagi, ada promosi hebat untuk korang. Peh!

Langsir blackout oleh MK Curtain ditawarkan dengan pakej promosi!

Kena bagitahu keluarga dan kawan-kawan ni! MK Curtain ada tawaran pakej lebih murah untuk langsir blackout. Harga sekarang? Cuma RM2588 je! Rugi kalau tak angkat satu sekarang. Bukan senang nak dapat harga macam ni dalam satu pakej wei.

Haa.. Cawangan MK Curtain pun dah semakin banyak sekarang. Korang boleh refer kat bawah ni. Ada yang berdekatan dengan korang? Jangan lupa singgah okay.

Cantiknya langsir blackout oleh MK Curtain ni. Banyak pilihan warna pulak tu. Geram tengok. Kalau pasang ni, tetamu yang datang rumah pun puji beb. Kalau nak, korang boleh hubungi MK Careline di talian 018-229 5000. Whatsapp pun boleh. No problem!

Untuk info lebih lanjut dan update terkini MK Curtain, korang boleh terus ke Facebook Page MK Curtain ya.

SKIP THIS AD ×